Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan tentang hukum seorang bekas suami yang datang ke rumah bekas isteri atas alasan berjumpa dengan anak-anak.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Persoalan Mengeni Isu ‘Childfree’ – ‘Tak Nak Anak? Itu Bukan Seruan Islam’
Artikel berkaitan:Â Sampai Bila Bapa Perlu Tanggung Nafkah Anak? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Bekas suami datang rumah
Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Azhar berkata, tindakan tersebut dibolehkan sekiranya anak sudah besar atau akil baligh.
Isteri bercerai talak tiga dah habis iddah bolehkah bekas suami datang masuk dalam rumah alasan nak jumpa anak? Jawapannya boleh jika anak sudah besar.
Allah kata anak-anak kecil yang tak faham bab aurat tidak boleh tetapi anak yang sudah besar, boleh kerana tidak bersunyi berduaan.
Menurut Ustaz Azhar dalam satu hadis, lelaki dan wanita tidak boleh duduk berduaan tanpa seorang mahram.
Kamu tak boleh bersunyi berduaan dengan perempuan melainkan ada seorang mahram. Jadi kalau anak itu mahram dia sudah besar dan mengerti, tak apa.
Namun, sekiranya mahram masih kecil maka tidak dibenarkan kerana kanak-kanak masih tidak memahami situasi tersebut.
Contoh macam dia bawa mahram kecil, tak boleh. Dia bawa awek (teman wanita) pergi dobi malam-malam tapi kata bawa adik sebab mahram. Tapi adik kecil dalam dua tahun duduk dalam raga motor.
Dia beli belon beri ke adik itu. Adik tu main belon dia main belon lain. Budak tu reti tak? Tak reti tak boleh.
Sebab itu nak gendong awek boleh tapi ayah duduk tengah RXZ (motor) sebab ayah mengerti.
@netfreak96_ Bekas Suami Datang Rumah Nak Jumpa Anak ? #suamiistri #anak #foryou #foryoupage #ustazazharidrus ? original sound – Nazrin Al Rashid