Kaedah ‘Gentle Parenting’ dikatakan cara yang terbaik untuk ibu bapa mempratikkan bagi melahirkan generasi yang bersahsiah.
Menguji kesabaran
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkongsi tentang situasinya yang mengawal anak-anak tantrum.
Malam yang sukar buat saya sebab Urayyan (anak kedua) asyik berjaga malam nak susu.
Selepas itu, pagi yang sukar buat saya sebab Urhan (anak pertama) tantrum.
Pagi tadi, Urhan bangun saja dari tidur, dia terus cranky tanpa sebab.
Kesabaran saya betul-betul diuji. Dah la baru bangun. Dan saya ada kerja, calltime awal pagi pulak.
Ujarnya, dia cuba yang terbaik untuk tidak langsung marah hanya kerana anak-anak belum pandai mengawal perasaan mereka.
Saya cuba yang terbaik untuk jadi gentle Mama. Yang tidak memarahi anak, sebab ini adalah cara didikan yang saya dan Syahiran (suami) bersetuju.
Gentle parenting
@uyaina.arshad? Gentle Parenting ? I had a rough night because Urayyan (the baby) asyik berjaga malam nak susu. And then I had a rough morning too sebab Urhan (the big brother) had tantrums. So pagi tadi, Urhan bangun je dari tidur, dia terus cranky for no obvious reasons. Taknak bukak baju. Taknak mandi. Taknak itu. Taknak ini. Kesabaran I betul2 diuji. Dah lah baru bangun. Bangun pun mengejut sebab dia nangis menjerit. And I ada kerja! Calltime awal pagi pulak.. The easy way is: Marah anak tu. Suruh dia diam. But I tried my level best to be a gentle mama. A Cool Mama. The one that does not scold my child just because he does not know how to regulate his feelings & emotions yet. This is the kind of parenting both Syahiran and I have agreed on. So.. I sat down with him. Allowed him to be upset. Biarkan dia menangis. But at the same time I let him know I was there for him. Walaupun dalam mengantuk sebab Urayyan pun banyak bangun malam tadi (RIP my sleep ??) but I simply listened to him. And hugged him. And asked him what he wanted. “Urhan nak apple?” “Nanak.” “Urhan nak orange?” “Nanak.” “Urhan nak banana?” “Nanak.” And the conversation went on and on just asking about what he wanted. And he kept on shouting and crying and he also didn’t know what he wanted (obviously.) And then I asked, “Urhan nak gummies?” I gave him vitamin gummies everyday and he looks at it as treats. He loves it. That made him stop screaming. And he said, “Abang nak gummies, Mama.” I pulled his hand and gave him the gummies. And things went smooth after that. Sometimes, it’s easier for us to simply marah je anak bila dia act out. Dan budak2 ni masih tak tahu nak regulate emotions dia macam mana. So bila kita marah, tengking, tinggikan suara, benda tu akan shape character dorang bila dah besar nanti. And this will create trauma for them. Semoga usaha I untuk membesarkan & mengasuh anak2 with gentle parenting akan dipermudah. Semoga semuanya baik2 sahaja untuk anak2 kita. Aamin.? original sound – UyainaArshad
Berikutan itu, Uyaina menyatakan segalanya berjalan lancar setelah hampir 20 minit dia membiarkan anak nangis dalam pelukannya.
Tambahnya lagi, meninggikan suara pada anak ketika di usia sebegitu akan meninggalkan trauma buat mereka.
Saya duduk dengan Urhan dan tanya jika dia perlukan apa-apa.
Lepas saya bagi vitamin gummies, Urhan berhenti menjerit dan segalanya berjalan lancar selepas itu.
Kadang-kadang, mudah sangat untuk kita marah anak bila mereka buat hal. Bila kita marah, tengking, tinggikan suara, perkara itu akan membentuk karakter bila mereka besar nanti.
Pengacara ‘Wanita Hari Ini’ itu turut berharap agar usaha membesarkan anak-anak menggunakan ‘Gentle Parenting’ dipermudahkan.