Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Uyaina Arshad ‘Sound’ Netizen Titip Doa Dia Bakal Nikmati Makanan Di...

    [VIDEO] Uyaina Arshad ‘Sound’ Netizen Titip Doa Dia Bakal Nikmati Makanan Di Penjara?-“Esok Kat Dalam Makan Ikan Kering…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil sekolahkan netizen  yang masih tidak berpuas hati dengan kelantangannya dalam isu gangguan seksual.

    Terkini, Uyaina menerusi tangkap layar yang di muatnaik di Instagram, memaparkan salah satu komen negatif netizen yang mahunya menikmati makanan yang enak sebelum makanan makanan di penjara disebabkan kenyataannya mengenai kes gangguan seksual kanak-kanak.

    “Makan dulu best-best, esok kat dalam makan ikan kering dengan teh o je lah 😁.”-komen seorang netizen

    @uyaina.arshad

    Baru habis live 🥰 Ok tak tu? ♥️

    ♬ sonido original – BrunoMarsSilk

    “Saman Malu Ni Adalah Kes Defamation…”

    Tidak berdiam diri, Uyaina tampil membalas komen netizen berkenaan dengan menjelaskan bahawa saman malu adalah kes fitnah (defamation) serta hukuman bagi kes berkenaan tidak akan masuk penjara dan harus bayar kerugian jika disabitkan bersalah.

    “Okay ini ilmu baru untuk awak okay. ‘Saman malu’ ni adalah kes defamation. Hukuman dia tak masuk penjara tau.

    Orang yang berdepan dengan saman ni, kalau bersalah, kena bayar damages atau kerugian.

    Tapi kalau dia tak salah, orang yang saman tu yang malu.”-jelas Uyaina

    Sebelum ini, nama pengacara Uyaina dikritik segelintir netizen yang mempersoalkan kelantangannya terhadap tindakan seorang pemandu bas yang merakam video pelajar sekolah.

    Pemandu bas yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ itu didakwa di Mahkamah Sesyen Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan. Namun, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM40,000.

    Dalam pada itu, pihak keluarga Abang Bas didakwa mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu serta selebriti yang dikatakan telah mengundang kecaman terhadap mereka.

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts