Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi momen manis apabila menerima hadiah wang tunai daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunad Iskandariah ketika lawatan Seri Paduka Baginda di Media Prima, pagi semalam.
Terima Kunjungan Tuanku & Raja Permaisuri Agong
Memuji sikap Tuanku dan Raja Permaisuri Agong yang sangat mesra dan penyayang, Uyaina menerusi hantaran di Instagram turut menitipkan rasa syukur apabila Raja Permaisuri Agong berkenan memberikan wang tunai kepadanya selepas Uyaina memaklumkan dirinya yang sedang hamil.
“Kejadian hari ini di Sri Pentas. Menerima Kunjungan Diraja di Media Prima 🥰.
Raja Permaisuri siap bagi duit untuk baby selepas dapat tahun yang Uyaina mengandung (tengok slide 2). MasyaAllah rezeki baby ♥️. Alhamdulillah.
Terima kasih Tuanku & Raja Permaisuri Agong atas kunjungannya.. Semoga dipanjangkan usia & sentiasa diberkati Allah 😊.”-kongsi Uyaina di Instagram
“Belum Keluar Lagi Dah Murah Rezeki Baby..”
Momen manis yang dikongsikan Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad turut dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa syukur dengan kehormatan yang diberikan atas bayi yang berada dalam kandungan Uyaina, serta ada yang sempat berseloroh turut mengira wang yang diberikan Raja Permaisuri Agong kepada pengacara rancangan WHI ini.
Alhamdulillah rezeki bayi Uyaina. Apa komen anda?