Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Uyaina Arshad Ulas Isu Abang Bas Guna Fakta – ‘Saya Sebarkan...

    [VIDEO] Uyaina Arshad Ulas Isu Abang Bas Guna Fakta – ‘Saya Sebarkan Kesedaran, Tak Perlu Jadi Peguam Untuk Suarakan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad akui tidak kisah apabila ada segelintir pihak tidak menyokong kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung isu gangguan seksual melibatkan kanak-kanak.

    Sebar ‘awareness’

     

    Tidak ambil pusing dicemuh, Uyaina, 32, menegaskan, dia hanya mahu menyebarkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutama selepas kes ‘Abang Bas’ mendapat perhatian umum.

    Saya rasa ini adalah cabaran untuk beri pendidikan kepada masyarakat. Bukan sebab saya ada latar belakang dalam bidang undang-undang. Benda ini, tak perlu menjadi seorang peguam pun untuk cakap atau suarakan.

    Benda ini hanya perlu pakai otak. Itu sahaja. Lagipun isu ini sudah ada akta. Apa yang dia (Abang Bas) lakukan itu adalah salah menurut akta. Jadi siapa saya untuk cakap sesuka hati sahaja?

    Saya cakap berdasarkan fakta. Nak cakap saya ‘terpaling’ terpulang. Saya hanya mampu sebarkan kesedaran sahaja.

    Uyaina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular ( ABP) ke-36, yang berlangsung di ibu kota, pada Rabu.

    Melanjutkan bicara, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran ini berkata, ‘Abang Bas’ berhak mendapatkan pembelaan selagi mahkamah belum mensabitkan kesalahan.

    Ini adalah hak undang-undang untuk semua orang. Tak kiralah siapa. Alhamdulillah, ada peguam yang secara sukarela ambil kes tersebut, ada yang nak membela dia.

    Itu adalah hak asasi semua orang. Semua orang harus diberi peluang untuk membela diri sendiri. Saya pun tak pernah jatuhkan hukuman kepada Abang Bas. Itu adalah tugas mahkamah. Saya di sini adalah untuk menyebarkan kesedaran.

    Terdahulu, Uyaina meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemandu bas yang merakam video penumpangnya iaitu pelajar sekolah.

    ALSO READ:  BABA’S Akan Edarkan 12,000 Pek Nasi Kari Ayam Percuma Untuk Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA’S, Putrajaya!

    Menurutnya, perbuatan tersebut dilihat boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak.

    Tidak lama kemudian, pemandu itu telah didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan pada Selasa dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.

    Rentetan itu, keluarga abang bas melahirkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.

    Antara nama ‘dipetik’ netizen ialah Uyaina dan Diana Danielle kerana dilihat lantang bersuara mengenai isu berkenaan dalam media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts