Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida meluahkan rasa terharu apabila seorang wanita yang tidak berdaya untuk berjalan sanggup datang ke majlis pengagihan bubur asyuranya.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Vida Kongsi ‘Room Tour’, Menginap Di Hotel Harga RM30,000 Satu Malam – ‘Bilik Ini Memang Kegemaran Saya’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Cik B Jawab Dakwaan Hidup Hanya Tumpang Kesenangan DSV – ‘Mungkin Saya Tak Akan Jadi Hebat Seperti Mama Tapi..’
Hantar sendiri bubur asyura
Menerusi perkongsian di Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman diberitahu wanita itu teringin untuk makan bubur asyura dari Negeri Kelantan.
Disebabkan itu, Vida membuat keputusan untuk menghantar makanan itu sendiri ke kereta wanita asal Kelantan itu.
Adik ni bagitau mak dia teringin nak makan bubur asyura Kelantan. Sanggup datang tapi hanya tunggu dalam kereta sebab tak larat nak turun.
Takpe biar saya sendiri pergi bagi sampai ke kereta. Memang niat saya nak bahagi kepada orang ramai.
Sanggup datang walau tak larat buat saya terharu nak pergi hantar sendiri.
Terdahulu, Vida menyatakan rasa syukur selepas hasrat untuk mengadakan majlis kacau bubur asyura akhirnya tercapai.
View this post on Instagram