Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida, mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video melakukan pembentangan di hadapan pelajar dan pensyarah di London University, baru-baru ini.
Janji kena yakin
View this post on Instagram
Menerusi sebuah video pendek di Instagram, Vida memberitahu dia perlu melakukan pembentangan untuk subjek perniagaan. Menurut Vida, dia perlu bercakap mengenai pelancaran produk baharu.
Ini adalah pembentangan saya di London University untuk kelas Business Studies. Salah satu tugasan yang perlu dibentangkan adalah mengenai pelancaran produk baharu. Kes kajian kali ini adalah mengenai jam tangan. Janji kena yakin yaaa!
Selain Vida, Cik B turut kelihatan dalam video tersebut.
Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen kagum melihat kesungguhan Vida ketika melakukan pembentangan. Tambah netizen, tahap keyakinan Vida perlu dijadikan contoh buat anak muda pada masa kini.