Penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Perssik baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai apabila tular videonya yang ditangkap oleh polis gara-gara kes penyalahgunaan dadah.
Menerusi akaun Instagramnya, Dewi Perssik memuat naik video yang tular tersebut, menampilkan dirinya telah ditangkap dan dibawa oleh empat orang lelaki seperti polis beserta dengan kapsyen, “Auto ditangkap polis kerana membawanya? Dewi Perssik berang apabila hendak dibawa ke balai polis.”
View this post on Instagram
Bengang dengan tuduhan palsu yang telah viral itu, Dewi Perssik memberi amaran kepada pembuat video supaya berhati-hati. Dia juga menjelaskan dakwaan tersebut adalah salah dan palsu.
Jelas Dewi Perssik, kejadian yang dilihat dalam video itu merupakan adegan tembak-menembak untuk sebuah program stesen televisyen swasta untuk ‘prank’ Anwar Sanjaya (Anwar BAB), pelakon Indonesia.
View this post on Instagram
“Berhati-hati ketika melaporkan berita palsu. Saya tidak akan berdiam diri jika ia benar-benar menjengkelkan. Ini adalah video semasa saya menjalani penggambaran di Trans 7, ketika saya ‘prank’ Anwar BAB. Berita ini adalah satu pembohongan!”
Apa pendapat kamu?