Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVideo Viral Ini Raih 6 Juta Tontonan Dalam Dua Minggu

    Video Viral Ini Raih 6 Juta Tontonan Dalam Dua Minggu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ada macam-macam video viral sekarang ini, namun satu video yang menampilkan kisah kejayaan seorang personaliti Malaysia telah berjaya mencuri perhatian ramai.

    Baru je dimuat naik ke Youtube dua minggu yang lalu, video ‘Kita bagi Jadi’ dah mula tular dan meraih lebih enam juta tontonan!

    Pada min, video ini mendapat sambutan yang baik, bukan je sebab mengetengahkan nama-nama hebat tapi kerana kombinasi ciri animasi yang membuatkan video ‘Kita Bagi Jadi’ lebih unik.

    Lepas tengok video ini min jadi terfikir, bayangkan macam mana susahnya Dato’ Azizulhasni Awang berusaha, walaupun dengan kecederaan serius dan selepas menjalani pembedahan jantung terbuka pada 2021, beliau masih mampu bangkit. 

    Malah, beliau juga mencipta sejarah sebagai atlet Malaysia pertama yang berjaya beraksi dalam lima edisi Olimpik berturut-turut. Keazaman dan kegigihannya membuktikan semangat luar biasa dalam menghadapi cabaran, menjadikan beliau ikon inspirasi di kalangan atlet dan rakyat Malaysia.

    Macam itu jugalah Sivasangari Subramaniam dan Azzim Zahid Azmi, macam-macam cabaran dan ujian mereka lalui tapi usaha tak pernah mengkhianati hasil. 

    Sivasangari berjaya mengatasi kecederaan serius akibat kemalangan kereta yang hampir memusnahkan kariernya. Selepas pulih selama setahun, beliau kembali lebih kuat, baik dari segi fizikal mahupun mental, dengan menewaskan pemain nombor 1, 3, dan 4 dunia dalam London Squash Classic 2024 untuk muncul juara. Lebih mengagumkan, beliau melonjak dari ranking nombor 15 dunia ke kedudukan semasa di tempat ke-9 dunia.

    Manakala Azzim, yang bermula dengan menjual t-shirt di universiti, kini merupakan pengasas jenama yang kian melonjak naik iaitu Bulan Bintang. Walaupun bersaing dengan jenama fesyen terkenal, kreativiti dalam pemasaran dan interaksi dengan pelanggan telah menjadikan Bulan Bintang salah satu jenama terkemuka dalam industri.

    ALSO READ:  Kisah Ala Korea “Dulu Dollah Daebak” Menyatukan Sean Lee Dan Sharifah Rose

    Tengok jelah sejauh mana dah mereka berada sekarang!

    Kipidap Dongibap! Kita Bagi Jadi!

    Korang kena yakin bahawa tiada apa yang mampu menghalang keinginan korang, kalau menyerah sekarang korang mungkin berputih mata.

    Jadi, jangan sia-siakan bakat yang korang ada okay? Siapa tahu potensi korang itu bakal mewujudkan peluang-peluang yang tak pernah terbayangkan sebelum ini. Make it happen! 

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts