Aksi spontan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania apabila disuruh menari mencuri tumpuan wargamaya.
Marissa malu nak menari
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di akaun leeyanarahman.co, memaparkan Marissa bersama dua model lain sedang melakukan penggambaran untuk iklan satu jenama pakaian bagi keluaran sempena Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah aksi spontan Marissa yang dilihat agak ‘malu-malu’ apabila disuruh untuk melakukan sedikit gerakan menari seperti yang dilakukan rakan model yang lain.
Tak nak dan tak akan menari.
Perkongsian video tersebut telah menerima pelbagai komen daripada wargamaya. Tidak kurang juga, ada di antara mereka mengaitkan perkara tersebut dengan tindakannya yang didakwa ‘tidak malu’ menjadi ‘penyondol’ rumah tangga orang.
Terdahulu, Marissa didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam, yang merupakan suami kepada Misya Mazlan. Marissa yang didakwa merupakan isteri kedua Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissan dan isteri pertama Aslam.
Video
View this post on Instagram