Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVideo Viral: Netizen Berdoa Agar Norman Atau Abby Diberi Kekuatan untuk Anak-Anak...

    Video Viral: Netizen Berdoa Agar Norman Atau Abby Diberi Kekuatan untuk Anak-Anak Mereka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nama anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania menjadi topik hangat di media sosial susulan dakwaan mengatakan bahawa gadis itu telah bernikah di Thailand.

    Ujian sebagai seorang bapa

    Terbaharu, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon telah membuat perkongsian di Instagram memaparkan momennya bersama anak-anak. Kelihatan keluarga bahagia itu sedang membuat persiapan sebelum dua anak lelakinya berangkat ke sekolah.

    InsyaAllah hari ini hari terakhir anak-anak sekolah sebelum cuti. Esok anak-anak dah mula bercuti sempena tahun baru cina.

    Dalam perkongsian tersebut, Norman juga sempat memberi pesanan kepada orang ramai supaya merancang perjalanan terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi pada musim perayaan seperti ini.

    Ujar suami kepada pelakon, Memey Suhaiza berkata, mereka sekeluarga belum membuat perancangan untuk bercuti memandangkan masih ada kerja yang perlu diselesaikan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberi kata-kata semangat buat Norman berhubung dakwaan anak perempuannya yang berkahwin tanpa restu keluarga. Malah, ada yang mengatakan apa yang dilalui Norman adalah ujiannya sebagai seorang bapa. Mereka menitipkan doa agar Norman diberi kekuatan dan ketabahan dalam menyelesaikan perkara tersebut.

    Baik Norman atau Abby, mereka dah bagi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Siapa lah kita nak judge mereka. Semoga ada penyelesaian yang terbaik untuk mereka.

    Sabarlah dengan ujian Allah ini ya. Semoga Allah permudahkan Segala urusan Abang Norman sekeluarga dunia sampai syurga.

    Ujian buat kedua ibu bapa. Bukan senang nak besarkan anak-anak zaman sekarang ni. Mereka mungkin dah didik sehabis baik. Tapi dunia ni adalah tempat ujian.

    Sedih bila anak ketepikan bapa. Semoga terus bahagia dan tabah.

    Terdahulu,  berjaya menghubungi kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Nadiah Mazlan. Menerusi kiriman mesej yang dibalas, Nadiah mengesahkan kebenaran berita perkahwinan Marissa dengan Aslam di Songkhla, Thailand.

    ALSO READ:  ‘Kalau Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan Dengan Baik, Habis Karier Saya Sebagai Pelakon’ – Rosyam Nor

    Laporan media kemudian mendedahkan Marissa dan Aslam telah melangsungkan pernikahan pada Disember lalu. Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri?? (@normanhakim_786)

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts