Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Wajah Fattah Amin Tenang, Peguam Maklum Kes Cerai Dijangka Selesai Cara...

    [VIDEO] Wajah Fattah Amin Tenang, Peguam Maklum Kes Cerai Dijangka Selesai Cara Baik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Berbeza dengan prosiding pertama, pelakon sensasi Fattah Amin berani bersemuka dengan pengamal media ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kedua kes perceraian dengan isteri, Nur Fazura.

    Doakan yang baik

    Fattah yang mengenakan baju blazer berwarna biru dan bersongkok kelihatan tenang berjalan menuju kamar mahkamah sambil ditemani peguam dan abang kandung.

    Aktor berusia 34 tahun itu berharap orang ramai mendoakan yang terbaik.

    Doakan yang baik-baik. Semoga urusan dipermudahkan.

    Dalam pada itu, ditanya mengenai wujud perbincangan di luar mahkamah antara peguam kedua belah pihak, pelakon filem Pendekar Awang: Indera Gajah itu enggan berkongsi lanjut.

    Perkara itu tidak boleh diberitahu lagi, nanti selepas prosiding selesai saya kongsikan.

    Sementara itu, peguam yang mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong memberitahu kes perceraian pasangan tersebut bakal diselesaikan secara baik.

    Setakat perkembangan sekarang, insya-Allah perkara ini akan dimuktamadkan secara baik. Respon Fattah sangat positif dan insya-Allah perkara ini dapat diselesaikan secara baik.

    Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu, wujud perbincangan di luar mahkamah antara peguam kedua belah pihak.

    Ada perbincangan secara baik di antara peguam kedua belah pihak. Sudah tentulah atas arahan anak guam.

    Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Menerusi sebutan kes permohonan perceraian pertama yang berlangsung pada 25 September, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

    ALSO READ:  Bawa Karakter Penyondol, Mimi Lana Minta Jangan Doa Perkara Tak Baik Atas Nama Sebenar – ‘Saya Hanya Interpretasi Watak’

    Video

    @official

    Replying to @entahle nak “Dia happy dapat jumpa Daddy dia” jawab Fattah apabila ditanya tentang sambutan hari jadi Fatima baru-baru ini # #fyp #news #fattahamin #fazura #penceraian #mahkamah

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts