Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Wajah Isteri Pertama & Aslam Dihina Sebab Tak Guna ‘Filter’, Abang...

    [VIDEO] Wajah Isteri Pertama & Aslam Dihina Sebab Tak Guna ‘Filter’, Abang Tesla Tampil ‘Back Up’ – ‘Mak Bapak Kau Tak Ajar Adab Ke?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Suami kepada Umisya Mazlan dan Marissa Dania iaitu Aslam menjadi mangsa face shaming oleh segelintir warga maya susulan daripada perkongsian video oleh pempengaruh, Abang Tesla.

    Abang Tesla ‘back up’ Aslam, Majdina

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Abang Tesla atau nama lengkapnya, Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, berkongsi momen dirinya bersama isteri termasuk Aslam dan Umisya yang kini sedang bercuti di Bangkok, Thailand.

    Berdasarkan video pendek itu, kedua-dua pasangan romantis itu sedang menaiki bot (pengangkutan di Thailand) di mana Umisya dan Aslam berada di tempat duduk bahagian hadapan manakala Abang Tesla dan isteri pertamanya, Majdina Jamari berada di bahagian belakang.

    Kedengaran Majdina sempat menyuruh Umisya dan Aslam mengukir senyuman saat merekod momen romantis mereka berdua.

    Tetapi siapa sangka, hanya dengan perkongsian video itu, Aslam dan Majdina menjadi mangsa face shaming oleh warga maya. Mereka rata-ratanya mengutuk wajah Aslam dan Majdina selain menyifatkan wajah sebenar mereka berdua tidak sama seperti dalam gambar yang dikongsikan sebelum ini.

    Lain betul rupa dua-dua kalau tak ada filter.

    Aslam bila dalam kamera orang lain, dah bukan Aslam

    Beli bedak bagi lah

    Weh, berminyak sangat muka dia tu

    Aslam kena pergi spa buat rawatan muka tu

    Minyak dekat muka berapa kilo tu?

    Susulan daripada itu, Abang Tesla tampil ‘back up’ Aslam dan Majdina selain sempat membalas komen negatif yang ditinggalkan warga maya di TikTok miliknya.

    Cermin muka sendiri dulu

    Mak bapa kau tak ajar adab ke? Muka kau perfect sangat ke?

    Video

    @abg.tesla Garang betul director filem ni ? @Nurmajdina Jamari #abgtesla #bangkok @aslam @Umisyamazlan ? original sound – ABG.TESLA

    ALSO READ:  ‘Stalker’ Taylor Swift Ditahan Kali Ke-3, Pergi Ke Kediaman Taylor 30 Kali Dalam Masa 2 Bulan

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts