Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Waktu Laungkan Azan, Ayah Kata Ada Firasat Jasad Nidza Berada Di...

    [VIDEO] ‘Waktu Laungkan Azan, Ayah Kata Ada Firasat Jasad Nidza Berada Di Situ’ – Irfahanie

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kakak sulung kepada penyanyi, Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahanie mendedahkan mayat adiknya itu ditemui oleh orang awam yang kebetulan sedang memancing di  Jambatan Sungai Klang sekitar jam 3 petang, pada Rabu.

    Pemancing jumpa

    AufahanieAufahanie

    Ketika ditemui , Irfahanie berkata bagaimanapun laporan polis mengenai penemuan mayat adiknya itu hanya dilakukan kira-kira dua jam selepas itu.

    Ada seorang lelaki beritahu dia sudah nampak mayat itu sekitar pukul 3 petang (Rabu) tetapi tidak timbul sepenuhnya.

    Kemudian sekitar pukul 5 petang barulah nampak mayat sepenuh dan dia melaporkan kepada pihak polis.

    Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dan kembali ke lokasi bagi tujuan pengecaman mayat.

    Irfahanie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam, pada malam Rabu.

    Naluri bapa

    @official Replying to @Amiraa ? Moga dipermudahkan urusan dan dipertemukan dengan kadar segera ??? # #sembangentertainment #ikhtiar #cari #NidzaAfham #hilang ? original sound – OHBULAN!

    Dalam pada itu, Irfahanie juga mendedahkan bapanya iaitu Mokhtar Mahmud sudah merasakan akan bertemu mayat adiknya sewaktu melaungkan azan di sekitar kawasan lokasi terakhir tersebut.

    Ayah cakap masa melaungkan azan, dia sudah ada firasat Nidza berada di situ. Tapi ketika itu masih belum ada kepastian.

    Katanya lagi, dia dan keluarga masih tidak dapat mengenal pasti punca kematian adiknya itu.

    Kita menemui telefon bimbit dia. Kami periksa, tiada sebarang unsur jenayah, hutang atau yang pelik-pelik.

    Arwah juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini selepas melalui proses pembedahan akibat kecederaan pada lutut.

    Dalam nota di telefon bimbit pun hanya ada perancangan berkahwin dan belanjawan. Tapi dia belum ada tarikh berkahwin.

    Terdahulu, penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.

    ALSO READ:  Angkat Elemen Seram Komedi, Filem Pontianak 200KG Bakal Temui Penonton Di Pawagam Mulai Esok!

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.

    Sehinggalah sekitar jam 7 malam Rabu, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang

    Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts