Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Wallpaper Telefon Bimbit Zizan Razak Raih Perhatian Ramai-“Satu Ke Arah Duniawi,...

    [VIDEO] Wallpaper Telefon Bimbit Zizan Razak Raih Perhatian Ramai-“Satu Ke Arah Duniawi, Satu lagi Ke Arah…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mohd Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali lagi sebagai Zizan Razak merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Sebut saja nama Zizan Razak pasti ramai yang mengenali beliau, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

    Populariti Zizan Razak meningkat selepas beliau memasuki pertandingan Rajalawak dahulu. Kemudian beliau terlibat dengan pengacaraan dan seterusnya melebarkan sayapnya di dalam Filem tempatan. Zizan Razak kini bahagia meluangkan masa bersama keluarga tercinta terutamanya ibunya, bagi Zizan Razak membahagiakan orang tersayang adalah perkara yang tidak terhitung nilainya.

    “Orang Single Tunjuk Phone Rilek Je Sama La Kita”-Netizen

    Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial milik @radinamiraffendy yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 782 ribu, tanda suka sebanyak 15 ribu dan sebanyak 78 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Zizan Razak yang diminta untuk menunjukkan wallpaper telefon bimbitnya itu.

    “Kenapa gambar ni?, ni dunia kita kena amik benda-benda dunia, duniawi”-Kata Zizan Razak

    “Yang Akhirat kat sini ada dua phone hehehe”-Tambah Zizan Razak

    @radinamiraffendy

    Tak sangka wallpaper @zizanrazak869 ada gambar macamni 🫣 #zizanrazak #chentaku #takhensemtapimanisnyaada #kubilangjangandinjangan #thehardestsingingshow

    ♬ original sound – Rapmalay – Rapmalay

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Zizan Razak sememangnya seorang yang ‘masuk air’. Tambah mereka lagi, jawapan yang diberikan oleh Zizan Razak itu sangat random yang tidak terfikir oleh orang lain.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts