Pelakon, Wan Sharmilla berkongsi tips bagaimana dirinya menangani stres menerusi sesi podcast bersama Da’i Izzhar Nazri, baru-baru ini.
Belajar serah urusan pada Allah
@bespokepodcast Cara terbaik berdoa pada Allah adalah dengan tenang dan yakin. Setiap manusia mempunyai ujian yang tersendiri dan kita hanya perlu yakin pada Allah. Allah yang menciptakan kita sebagai hamba-Nya jadi Allah juga tahu akan kehendak hamba-Nya. Jom kita sama-sama ikut cara yang dah dikongsikan di podcast Bespoke by Izzhar Nazri. ?? Tonton full video Episode 6 di Youtube Bespoke by Izzhar Nazri. #bespokebyizzharnazri #bespokepodcast #izzharnazri #parentingtips #podcast #mulakanlangkahdengansatupanggilan ? original sound – bespokepodcast
Menerusi sesi podcast tersebut, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed berpendapat seseorang itu perlu bertenang dan belajar menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT.
Tambah pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu lagi, seseorang itu juga perlu mengubah cara mereka berdoa dan belajar untuk berdoa dengan betul.
Anda perlu ‘relax’, ‘chill’ dan tenang serta kena belajar lepas dan serahkan semua urusan kepada Allah SWT.
Insya-Allah, bila awak tenang dan sabar semua dipermudahkan sebab Dia dan janji rezeki akan ada untuk kita.
Tapi kalau kita asyik cakap, ‘Ya Allah, aku nak itu, aku nak ini’.
Cara kita berdoa pun kena betul. Kalau kita jenis minta, minta dan minta, Dia itu siapa? Allah kalau nak bagi, Dia akan bagi, insya-Allah.
Dalam berdoa jangan paksa-paksa macam nak ‘order’. Kita ini yang hamba bukan Dia hamba kita.
Jangan pertikai rezeki orang lain
Di akhir perkongsian, pelakon berusia 43 tahun ini turut berpesan agar seseorang itu tidak membandingkan rezeki yang telah diberikan Allah SWT.
Serahkan pada Allah dengan betul-betul yakin sebab Allah yang cipta kita, Maha memberi, penyayang dan tahu segalanya.
Kena yakin sebab Allah bagi dugaan pada kita semua mengikut kemampuan masing-masing dan dari situ lah Allah nak tengok sejauh mana usaha kita.
Apa yang penting jangan pertikaikan rezeki orang lain. Contoh, jangan pertikai kenapa orang ini dapat tapi kita tak dapat.
Kita perlu sentiasa bersyukur dan rasa apa yang kita dapat adalah mencukupi. Selain itu, baliklah kepada Dia kerana dia yang Maha memberi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju mereka ketika mendengar pandangan yang diberikan Wan Sharmilla.