Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Wanita Dedah Pernah Niat Racun Diri & 8 Anak, Kini Bergelar...

    [VIDEO] Wanita Dedah Pernah Niat Racun Diri & 8 Anak, Kini Bergelar Jutawan Pandan – ‘Memang Aku Dah Gila Mak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hidup sebagai seorang ibu tunggal merupakan satu perkara yang sangat sukar untuk dilalui oleh seseorang wanita itu apabila terpaksa membesarkan anak-anak tanpa seorang insan yang bergelar suami di sisi.

    Itulah yang dirasai seorang wanita bernama Kamariah Md Yatim sebelum dirinya bergelar jutawan pandan.

    Pernah terdetik racun 8 anak

    @mingguanwanita “Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim Jutawan pandan #sembangwanita #sembangwanitaxtra #jutawanpandan ? Very Sad – Enchan

    Menerusi sesi podcast bersama Mingguan Wanita, Kamariah memaklumkan dia pernah terdetik untuk meracun dirinya bersama lapan orang anak kerana tidak tahan dengan derita hidup yang dialami ketika itu.

    Waktu itu anak saya yang paling kecil baru berusia setahun dua bulan. Saya pergi kebun saya fikir, ‘Apa yang harus aku buat? Anak aku ramai’.

    Sampaikan saya rasa hidup saya ini hitam. Dalam fikiran waktu itu, ‘Baik aku mati lagi senang’.

    Kisahnya saya baru balik dari cari pucuk ubi dan ketika itu anak saya lapar nak makan, nak susu. Saya dah macam tak tahan sebab beras hanya ada satu pot saja.

    Waktu anak-anak ada di depan, saya buka api dapur, masukkan air dan juga beras.

    Walau bagaimanapun, tindakannya itu pantas dihentikan oleh ibunya yang secara kebetulan berada di belakangnya pada ketika itu.

    Ketika mana saya cuba nak masukkan racun, mak datang dan tarik saya daripada belakang.

    Mak cakap saya gila buat macam itu. Saya pun jawab, ‘Memang aku gila sebab hitam dah mak hidup aku’.

    Saya kesian dengan anak-anak, diorang lapar tapi tak ada makanan.

    Menurut Kamariah, meskipun dia mengalami kesusahan dan keperitan hidup, dia tidak pernah mengadu mengenai situasinya itu kepada jiran kerana tidak mahu orang sekeliling memandang serong kepadanya dan anak-anak.

    ALSO READ:  ‘Islam Ajar Ke Menghina Orang?’- Usahawan Bella Khan Kesal Lihat Ramai Kecam Masya Masyitah Buka Tudung

    Hantaran tersebut menjadi tular dan rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka mendengar luahan Kamariah itu.

    Di ruangan komen, netizen memuji Kamariah yang tetap tabah untuk meneruskan kehidupan sehingga berjaya bergelar jutawan pandan di kampungnya.

    Video penuh

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts