Sekadar gambar hiasan
Wanita semestinya ingin kelihatan cantik di hari pertunangan. Kebanyakannya akan menggunakan bagi majlis penting sebegini.
Namun, seorang individu berkongsi kisah malang yang berlaku pada hari bahagianya.
Mua tak datang majlis
Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, difahamkan majlis akan bermula pada 2.30 petang.
Namun, jurusolek (MUA) itu didakwa membatalkan tempahan 10 minit sebelum majlis pertunangan bermula.
10 minit lagi majlis nak mula, MUA tak datang.
Majlis mula 2.30 petang. Janji dengan MUA mula berhias 1.20 petang.
Masa tunggu MUA, dia cakap jalan agak sesak.
Sampai pukul 3 petang pun tak sampai-sanpai.
Tiada kata maaf
@bellanawhen Replying to @syazwanirahim.sr pelik² eh org mcm ni suka hati ja takmai. igt majlis main² kot ???? #muascam ? original sound ? – Fadhilah Intan
Tanpa kata maaf, MUA terbabit menghantar mesej meminta nombor akaun untuk memulangkan wang yang telah dibayar.
Pukul 3 petang MUA hantar mesej minta nombor akaun untuk pulangkan duit.
Tiada kata maaf apa-apa langsung.
Katanya dah lambat, nanti solekan tak cantik sebab kelam kabut.
Dalam pada itu, wanita yang dikenali sebagai Bella itu sempat menitipkan pesanan agar tidak tertipu dengan servis MUA yang memiliki pengikut ramai di media sosial.