Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Nabila Ashburn meraih perhatian apabila berkongsi rasa terkilannya sewaktu pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Aidilfitri.
Anak autistik selalu kena marah
@bellburn Anak syurga ibu.. bersabarlah kita ok.. āanak ibu pon berhak raya mcm orangā #anaksyurgaraya #raya #autismberaya #autism #autismacceptance #SlowZoom ? Very Sad ā Enchan
Menerusi perkongsian tersebut, Nabila memuat naik video anak syurganya yang sedang duduk di atas buaian di halaman rumahnya.
Menurut Nabila, meskipun anaknya menghidap autisme namun dia juga berhak untuk menyambut perayaan Aidilfitri seperti kanak-kanak lain.
Difahamkan, anaknya itu sering kali dimarahi serta dijeling oleh kaum keluarga yang seakan tidak senang sepanjang seminggu kehadiran mereka di kampung halaman.
Seminggu dah kena marah, kena jerit, kena perli, kena halau dan kena jeling.
Okay jom lah balik ke rumah.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa anak Nabila itu.
Di ruangan komen, terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman hampir sama dirasai mereka sewaktu membawa anak autisme mereka pulang ke kampung.