Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, January 20, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Waris Enggan Jaga Bapa Tergamak Letak Berdekatan Kandang Lembu, Hantar Ke...

    [VIDEO] Waris Enggan Jaga Bapa Tergamak Letak Berdekatan Kandang Lembu, Hantar Ke Pusat Jagaan – ‘Mereka Heret Dia Dalam Keadaan Panas’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gambar sekadar hiasan

    Aktivis masyarakat Natipah Abu, berkongsi kisah duka yang telah ditinggalkan anak-anaknya di pusat jagaan.

    Tak hargai bapa

    @mingguanwanita

    Anak letak ayah dekat kandang lembu sebab tak mahu jaga. “Kak Pah ingat lagi, pakcik ni selalu sebut nak balik tapi dia tak sedar yang anak-anak dah “buang” dia secara halus. Lepas hantar ayah ke Kak Pah, mereka langsung tak jengah ayah mereka. “Tapi pakcik ini masih fikir yang anak-anak masih mahu ambil dirinya sampailah dia kemas semua baju-bajunya dan minta hantar ke rumah anaknya. Dia kata kak Pah bagi cuci. Tapi sehari dua saja kemudian anak seret dirinya letak di laman sebab dia tak mahu turun. “Sedih kalau kak Pah ingat semua ini. Tapi akhirnya kak Pah pujuk pakcik ini dan cakap di rumah inilah rumah pakcik. Di saat akhir hayatnya, dia tanya bila nak balik ke rumah kita dan saat itu kak Pah rasa inilah kejayaan manis kak Pah membantu orang-orang tua yang tiada siapa mahu menjaga walau ada anak. Demikian perkongsian Natipah Abu yang bergiat aktif dalam kerja kemanusiaan di utara tanah air dan menubuhkan rumah Qaseh Budiman dan Pertubuhan Jariah Qaseh di Gurun, Kedah bagi membantu anak-anak dan warga tua yang hidup susah. #mingguanwanita #sembangwanitaxtra #podcast #vodcast #natipahabu

    ? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

    Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Natipah yang menubuhkan Rumah Qaseh Budiman berkata, warga emas itu sering memberontak untuk pulang semenjak ditinggalkan anak-anaknya.

    Seorang pak cik telah dihantar oleh warisnya dalam keadaan sakit. Saya rasa anak-anaknya tidak mahu faham dan tidak sedar bahawa bapa mereka mungkin sudah tidak lama lagi untuk hidup.

    Pak cik ini datang kepada saya dan mengatakan dia langsung tidak tahu bahawa anak-anak sudah tidak mahukan dirinya lagi. Dia rasa dia masih punya anak dan tak mahu duduk sini (pusat jagaan), hari-hari dia mengamuk nak balik.

    Anak-anak bagi alasan kerja dan hantar dia secara baik.

    Menurut Natipah, dia difahamkan bahawa waris kepada warga emas tersebut juga pernah bertindak menempatkannya di luar rumah.

    Difahamkan dia ditempatkan di belakang dekat dengan kandang lembu oleh warisnya. Mula-mula duduk di dalam rumah, kemudian mereka bergaduh sebab tak setuju kemudian dia ditempatkan di sana.

    Heret bapa

    Gambar sekadar hiasan

    Bercerita lanjut, warga emas berkenaan kemudian bertindak mengemas pakaiannya untuk pulang ke rumah namun mereka tetap tidak menerimanya.

    Sampailah satu masa, dia telefon warisnya dan beritahu saya benarkan dia pulang untuk balik cuti. Warisnya ambil tetapi mereka menghantarnya semula kepada kami.

    Dia tak mahu turun, mereka heret dia letak di luar rumah dalam keadaan panas.

    Reda menerima takdir, warga emas tersebut akhirnya memahami bahawa anak-anak tidak lagi menginginkan dirinya.

    Saya kemudian menghubungi ambulans sebab keadaannya sudah teruk dengan perut kembung dan kepenatan.

    Semenjak peristiwa itu dia sudah tak mahu untuk balik ke rumah. 

    Saya bagi dia semangat supaya dia dapat pulang ke pusat jagaan. Dia pun pernah bertanya, bila nak balik ke rumah kita (pusat jagaan)?

    ALSO READ:  Kugiran Masdo Ambil Langkah Berjaga-Jaga & Telus Soal Duit – ‘Sebagai Satu Kumpulan, Kita Perlukan Kejujuran’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts