Sistem sokongan amat penting untuk seseorang yang mula berhijrah dan ingin kekal istiqamah.
Pelakon dan usahawan terkenal, berkongsi kisah perjalanan dirinya
Dipaksa pakai tudung
@wawacosmetics.my best ka guys ceritaku ? Ada yg kisah sama dengan wawa ? #wawazainal #aerilzafrel #relationship #wawacosmetics ? original sound – WAWA COSMETICS
Menerusi perkongsian di TikTok, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin memberitahu dirinya enggan berhijab pada awal perkahwinan namun dipaksa suaminya, Aeril Zafrel.
Dulu waktu Wawa dah kahwin dengan Aeril, saya kena paksa pakai tudung.
Masa itu kami ingin keluar, saya tidak mahu pakai tudung. Tapi Aeril tidak mahu keluar selagi saya tidak sarungkan tudung.
Dalam pada itu, Wawa sempat berkongsi pengalamannya apabila mula berhijab.
Bila dah mula pakai tudung, saya rasa susah sangat nak matching dengan baju.
Netizen kongsi pengalaman yang sama
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi kisah yang sama bila dipaksa suami untuk mula berhijab. Namun, terdapat warganet yang bersyukur dikurniakan seorang suami yang menjaga maruah seorang isteri.