Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menerima teguran daripada netizen yang memintanya supaya menjaga percakapan meskipun kata-kata tersebut hanyalah gurauan.
‘Aeril untuk dijual bernilai RM5 juta’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 33, berseloroh memberitahu orang ramai sekiranya mahu menjadi madunya dan berkahwin dengan suami, Aeril Zafrel, individu tersebut perlu membayar wang berjumlah RM 5 juta.
Dia nak bermadu dengan saya, RM5 juta. Aeril untuk dijual bernilai RM5 juta, ada? Sekali tengok ada orang kaya yang tua dari luar negara yang nak beli awak, macam mana tu?
Wawa memberi respon sedemikian susulan komen yang ditinggalkan seorang wanita bernama Nana yang mengatakan hasratnya untuk menjadi isteri kedua Aeril.
Dalam masa yang sama, Wawa sempat bergurau dan bertanya kepada Aeril adakah dia bersetuju dengan tawaran tersebut namun pelakon filem 7ujuh itu hanya ketawa selain menyifatkan ianya adalah satu pertanyaan yang tidak masuk akal.
Awak rela ke untuk dijual RM5 juta?
Soalan bod*h apa ni?
‘Cakap itu satu doa’
@wawacosmeticsofficialAeril untuk dijual ?? Calm Vibes – Relaxing Piano ID
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Wawa agar menjaga tutur kata dan berpendapat bahawa setiap percakapan itu adalah satu doa. Bimbang sekiranya apa yang dikatakan Wawa itu menjadi kenyataan kelak.
Cakap itu satu doa
Cakap cakap bukan-bukan, nanti termakbul
Orang sekarang cakap main sembur je, padahal kata-kata tu nanti kena flashback jadi sakit
Kalau betul dia boleh bagi RM5 juta, putih mata. Jangan cakap yang pelik-pelik, kata-kata satu doa
Jangan cakap mengarut, nanti jadi kenyataan
Jangan cakap macam tu dengan suami, tak baik