Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Welcome Back’ – Ramai Excited Syamsul Yusof Kembali Aktif Di IG,...

    [VIDEO] ‘Welcome Back’ – Ramai Excited Syamsul Yusof Kembali Aktif Di IG, Muat Naik Momen Bersama Anak-Anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    syamsul syamsul

    Setelah sekian lama tidak muncul di media sosial, pengarah terkenal Syamsul Yusof akhirnya memuat naik satu hantaran.

    Aktiviti bersama anak-anak

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

    Terbaharu, Syamsul dilihat berkongsi sebuah video yang memaparkan beberapa momen bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Summayyah di Instagram (IG).

    Menerusi video tersebut, kelihatan Syaikul sedang bermain bola sepak manakala Sumayyah pula sedang melakukan beberapa aktiviti persekolahannya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet teruja melihat hantaran terbaharu pengarah filem Munafik itu.

    Welcome back.

    Lama abang tak post.

    Selamat kembali.

    Semalam aku mimpi jumpa kau, kau kata nak tunjuk aku filem baru. Dalam mimpi tu awan-awan pecah-pecah macam Men In Black, lepas tu aku tersedar.

    Dalam masa yang sama, pengarah berusia 38 tahun itu juga memuat naik poster filem Sheriff: Narko Integriti di IG Story sebagai tanda sokongan kepada karya terbaharu adiknya, Syafiq Yusof.

    Keep going Syafiq.

    Support my bro film guys #proudbrother

    Tinjauan mendapati sebelum ini, Syamsul sudah lama tidak berkongsi sebarang hantaran di IG sejak November tahun lalu.

    Timbul juga dakwaan yang mengatakan isterinya iaitu Ira Kazar kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial.

    Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.

    Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah bercerai dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Isteri Memberi Simpati Kepada Suami, Setelah Dua Tahun Pernikahan Masih Perawan
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts