Bekas suami kepada pempengaruh, Tyrah Betyrah akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu, baru-baru ini.
‘Wallahi Wabillahi Watallahi’
@official Bekas suami kepada pempengaruh, Tyrah Betyrah akhirnya tampil bersuara ?? # #sembangentertainment #erfanakif #nafi #paksa #bekas #isteri #tigaserangkai ? original sound – OHBULAN!
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, lelaki tersebut yang dikenali sebagai sebagai Erfan Akif bersama isterinya, Baby Azreen menafikan segala tuduhan yang dibuat oleh pempengaruh tersebut selain mendakwa ianya adalah fitnah.
Isu yang paling teruk sekali adalah fitnah yang kata saya buat threesome. Demi Allah SWT, ‘Wallahi Wabillahi Watallahi‘, tak pernah seumur hidup saya buat threesome dengan semua isteri-isteri saya.
Kalau saya pernah buat dan tipu, laknatlah saya. Ya Allah, laknatlah aku kalau aku pernah buat threesome.
Dalam pada itu, Erfan turut menjelaskan mengenai fitnah yang mendakwa dia pernah menyuruh kesemua isterinya mandi bersama-sama dalam keadaan berbogel.
Demi Allah SWT, laknatlah aku kalau aku mandi bogel bersama semua isteri-isteri aku. Tak pernah buat.
Erfan menyifatkan bahawa dakwaan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu merupakan satu fitnah yang sangat besar terhadap dirinya dan keluarga.
Oleh itu, Erfan meminta agar wargamaya menilai sendiri kebenaran memandangkan kedua-dua pihak telah pun memberi penjelasan mengenai perkara yang tular.
Sebelum ini, Tyrah bersama seorang wanita yang dipercayai bekas madunya pernah mendedahkan kisah rumah tangga mereka menerusi siaran langsung di TikTok.
Mereka mendakwa sering dikasari oleh bekas suamin selain mendakwa dipaksa untuk melakukan perkara di luar batasan.