Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Ya, Saya Berlaku Curang’ – Aliff Aziz ‘Makan Luar’ Sebab Jiwa...

    [VIDEO] ‘Ya, Saya Berlaku Curang’ – Aliff Aziz ‘Makan Luar’ Sebab Jiwa Rasa Kosong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Menerusi temu bual bersama Melodi, penyanyi Aliff Aziz mengakui dia berlaku curang kerana jiwanya berasa kosong.

    Aliff minta maaf

    Menurut Aliff, dia mendiamkan diri selepas kontroversi yang berlaku kerana tidak mahu netizen membuat spekulasi berhubung kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Tambah Aliff, kesilapan yang dilakukan olehnya itu tidak perlu dibanggakan malah, ia satu kesilapan yang membuatkan dirinya berasa tertekan serta malu.

    Aliff minta maaf kepada semua. Sebelum ini, Aliff nampak temu bual dia (Bella) cakap ‘no komen’ kepada rakan media. Kenapa dia tak cakap macam itu awal-awal.

    Ya, saya berlaku curang.

    Disoal pula mengenai rancangan untuk menjatuhkan Bella di saat akhir, penyanyi asal Singapura ini berkata, ia bukan rancangan untuk menjatuhkan ibu kepada dua orang anaknya itu.

    Ia bukan rancangan, itu perbincangan antara saya dan keluarga. Perbualan itu berlaku pada 6 April ketika sesi podcast saya baru-baru ini.

    Tidak henti di situ, Aliff turut memberitahu sebab dia tidak menceraikan Bella tempoh hari.

    Ada dua cerita. Memang saya banyak buat silap. Dia ibu kepada anak-anak saya. Ia perlu perbincangan. Apa yang jadi selepas itu nanti saya yang kena tanggung. Untuk kes khalwat, bukan saya diamkan diri. Kes itu masih dalam siasatan, saya tak pernah lari malah mengakui bahawa itu adalah kesalahan.

    Diminta untuk mengulas isu terlalu banyak mesej rakaman yang viral, Aliff berkata dia sudah mengambil tindakan dan membiarkan pihak mahkamah yang menentukannya.

    Memang betul benda itu berlaku sebelum tangkapan berlaku. Kalau nak cerita, biar cerita penuh. Kenapa tak cerita pasal sebelum itu. Sewaktu saya sedang berusaha untuk perbaiki rumah tangga. Jangan kata rumah tangga hancur sebab saya shooting. Benda ni sebelum shooting lagi. Ummi pernah je halau Aliff sepanjang 8 tahun perkahwinan, kenapa tak cerita.

    Bella pernah minta cerai dan tarik balik. Benda itu berlaku bulan Disember saya mula shooting bulan Januari. Penceraian bulan Februari. Dia tarik balik sebelum saya shooting dengan Ruhainies. Benda kecil-kecil pun dia minta nak cerai.

    Ditanya pula mengapa sering berlaku curang dan ‘makan luar’, pelantun suara ‘Sayang Sayang’ ini mengakui bahawa jiwanya berasa kosong pada waktu itu.

    Pada waktu itu saya rasa jiwa kosong kerana tak dapat hargai apa yang saya ada, saya tak dapat kawal diri. Tak ada benda yang saya nak sembunyi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Aina Abdul Jatuh Tangga, Netizen Terhibur!-“Jatuh Pun Cute…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts