Penyanyi sensasi, Yazmin Aziz menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menganggap dirinya senang mendapat pengganti selepas berpisah dengan bekas teman lelakinya yang merupakan atlet bola keranjang Hong Kong.
Dah lama ‘single’
@yazminaziz SINGLE. THANK YOU ? #fyp #tiktokmy ? original sound – Yazmin Aziz
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Yazmin atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz berkata, video tular memaparkan dirinya sedang bermesra dengan seorang lelaki merupakan video lama yang tular semula sehingga menjadi perhatian ramai.
Ya, saya tahu siapa yang dah tengok berita itu mesti korang akan cakap, ‘Yazmin ada kekasih baharu lagi?’, ‘Yazmin dah berpisah dan dah tukar kekasih?’, ‘Dia ini asyik tukar kekasih ja, senang betul cari pengganti’.
Ya betul, senang tapi itu pun kalau saya nak dan berita yang tular itu adalah berita lama.
Tambah pelantun lagu ‘Bosan’, dia sudah lama berpisah dengan bekas kekasihnya dan kini masih lagi belum menemui pengganti.
Saya ini dah lama dah berpisah dengan bekas kekasih saya.
Tapi inilah masalahnya, kalau saya ‘dating’ dengan orang baharu cepat saja dijadikan berita.
Cuba kalau saya ‘break up’, senyap pula.
Untuk rekod, Yazmin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas bintang bola sepak kelab Kelantan FC pada Julai 2021 lalu namun berpisah selepas tiga bulan kemudian.