Pencipta kandungan, Liana akhirnya tampil bersuara selepas namanya dipetik oleh seorang Youtuber terkenal, baru-baru ini.
Liana tampil tunjuk bukti
Menerusi perkongsian di TikTok, Liana mendedahkan bukti perbualan bersama Youtuber tersebut untuk memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan yang dilemparkan kepadanya dalam satu rancangan podcast, baru-baru ini.
Difahamkan, Youtuber terbabit akui pernah menyimpan perasaan terhadap Liana malah mereka sering keluar bersama-sama termasuk untuk urusan kerja.
Sampai lah satu hari tu aku tanya dia buat konten tu di bawah syarikat sendiri atau bekerja di bawah orang? Lepas tu dia jawab, itu bisnes kecilan dia. Masa tu aku lagi impress lah dan aku fikir dia jodoh aku.
Lepas tu aku tanya dia kereta-kereta mewah yang dia pakai tu kereta siapa, dia cakap kereta tu keluarga dia punya. Sampai satu tahap tu, dia cakap satu benda yang agak merepek. Dan apa yang dia cakap sebelum ni macam ada unsur penipuan.
Dalam perbualan di WhatsApp tersebut, menunjukkan Youtuber terbabit pernah meluahkan perasaan kepada Liana sekitar tahun 2022. Namun Liana tidak melayan apatah lagi membalas perasaan Youtuber itu kerana dia sudah mengikat tali pertunangan dengan lelaki lain.
Liana kemudian menjawab dakwaan Youtuber itu yang seakan tidak percaya bahawa dia pernah tinggal di luar negara hanya kerana tidak memiliki ‘accent’.
Saya membesar dan tinggal di US selama 15 tahun. Saya masih memperbaiki diri dan belajar bahasa Melayu sejak saya berkahwin.
Kereta Liana banyak? Alhamdulillah, itu rezeki dan keluarga saya memang banyak kereta. Saya gunakan untuk penggambaran.
Dalam pada itu, Liana sempat menunjukkan sijil akademiknya semata-mata mahu membuktikan bahawa dia sememangnya memiliki dua kelulusan ijazah sarjana.
Video
@liafa62 TLDR; boleh pergi 1:23 ya ? . amboi dia, boleh ke backup semua yg difitnah tu? Nanti kita jumpa kat mahsyar ya; solat la istikhara banyak2 sebelum tu ?? . video ni bukan di sponsored by @GrabMY ya ? . #fyp #fyppppp ? original sound – Liana ????