Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Yusof Haslam Akan Terus Jaga Ukhwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Tak...

    [VIDEO] Yusof Haslam Akan Terus Jaga Ukhwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya – ‘Biasalah Budak Muda Merajuk’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya dan isteri, Datin Patimah Ismail tetap akan menjaga ukhwah yang terbina bersama kedua besannya iaitu Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh meskipun anaknya, Syamsul Yusof sudah bercerai dengan Puteri Sarah Liyana.

    Selalu luangkan masa bersama

    Ketika ditemui , Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam berkata, sehingga ke hari ini dirinya dan isteri masih lagi berjumpa dengan kedua ibu bapa Puteri Sarah sekiranya mempunyai masa terluang.

    Hubungan keluarga saya dan keluarga Puteri Sarah tak akan terungkai.

    Bahkan sehingga ke hari ini, hubungan kami okay saja macam biasa dan ada masa kami akan keluar makan bersama.

    Tak ada satu jurang pun antara kami walaupun anak-anak kami sudah berpisah.

    Bagi saya, kami dah ada cucu dan cucu itulah yang menguatkan lagi hubungan kami.

    Yusof berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem ‘Sheriff’ yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

    Dalam pada itu, Yusof memaklumkan dia dan isteri terbuka hati sekiranya Puteri Sarah memilih untuk berkahwin lain di masa yang akan datang.

    Bagi saya itu jodoh dia. Kalau Syamsul pun ada jodoh dia (yang lain), Sarah juga ada jodoh dia.

    Kami reda dan kita bukanlah nak buang Sarah kalau dia kahwin lain ke, tidak. Dia pun masih boleh beraya bersama kami.

    Ketika ditanya mengenai ketiadaan Syamsul sewaktu sambutan Aidilfitri baru-baru ini, penerbit yang terkenal dengan jolokan ‘The Six Million Dollar Man’ tersebut memaklumkan dia dan isteri sama sekali tidak terasa hati dengan tindakan anaknya itu.

    Seperti yang kalian tahu Syamsul tak balik beraya dengan kami pada tahun ini.

    Tapi tak apa, kami tak ambil hati pun dan kami dah boleh terima benda ini. Semua ini adalah qada dan qadar.

    Tambah Yusof, dia percaya rasa sayang Syamsul kepada mereka tetap utuh meskipun anaknya itu sudah lama tidak pulang ke kediaman keluarga mereka.

    Tapi saya percaya dia seorang anak, kasih sayang dia pada ibu dan ayah dia tetap utuh.

    Biasalah budak muda merajuk kan? Tapi kami memang tak ambil hati.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ernie Zakri Buat Pengakuan Sudah Lama Jadi Peminat Imran Bard – ‘Seluruh Keluarga & Suami Saya Tahu’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts