Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Yusof Haslam Jawab Dakwaan ‘Tepuk Tangan’ Dengar Berita Perceraian Syamsul, Doakan...

    [VIDEO] Yusof Haslam Jawab Dakwaan ‘Tepuk Tangan’ Dengar Berita Perceraian Syamsul, Doakan Yang Terbaik Buat Semua Pihak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam memberi penjelasan mengenai dakwaan dia dan isteri, Datin Patimah Ismail gembira dengan berita perceraian anak lelaki mereka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

    Artikel berkaitan: Yusof Haslam ‘No Comment’ Isu Syamsul Didakwa Ceraikan Ira Kazar – ‘Kami Dah Lama Lost Contact’

    Artikel berkaitan: ‘Jika Benar Berita Ini, Saya Amat Bersyukur’ – Patimah Ismail

    Jangan salah faham

    Menurut Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam, 70, dia sejujurnya tidak mengetahui tentang hal tersebut dan mendakwa kenyataannya sebelum ini telah dimanipulasikan.

    Jangan salah faham ada yang mengatakan saya dan isteri bertepuk tangan. Demi Allah tak ada niat dan saya pun tak tahu perkara ini berlaku.

    Jangan anggap kami gembira dengan berita perceraian ini. Kami reda dengan apa yang berlaku. Tak mahu mengguris hati sesiapa.

    Sebagai ayah, saya doakan yang terbaik buat Syamsul, kepada pihak sana (Ira Kazar) dan Sarah. Apa yang silap, perbetulkan.

    Yusof berkata demikian semasa ditemui di sidang media pertama Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung Kompleks Studio Merdeka FINAS, Kuala Lumpur, pada Selasa.

    Berharap Sarah kembali bersama Syamsul?

    Disoal sama ada dia berharap untuk melihat Sarah bersama Syamsul, dia tidak mahu mengulas lanjut dan membiarkan takdir yang menentukan.

    Saya tak boleh komen tentang itu. Ini semua ketentuan Allah jadi saya reda saja lah.

    Semalam Sarah ada datang berjumpa saya dan isteri. Dia pun terkejut tak tahu pasal perceraian itu dan mendoakan yang baik-baik saja.

    Saya tak boleh kata mahu Sarah balik ke pangkuan Syamsul atau sebaliknya. Itu bukan urusan kita. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka sendiri. Biar mereka tentukan.

    Saya cuma mengharapkan dan mendoakan yang terbaik untuk semua pihak.

    Terdahulu, Syamsul didakwa memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada Isnin.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Puji ‘Effort’ Suami Nynaa Harizal, Pertahankan Rumah Tangga Beri Sinar Bahagia – ‘Berkat Tak Give Up’

    Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

    Imbas kembali, timbulnya khabar angin mengenai perceraian pasangan ini pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.

    Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts