Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Yusof Haslam Kongsi Asam Garam Perkahwinan – ‘Tak Boleh Gunakan Platform...

    [VIDEO] Yusof Haslam Kongsi Asam Garam Perkahwinan – ‘Tak Boleh Gunakan Platform Sebagai Artis Popular Untuk Ambil Kesempatan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    yusof haslamyusof haslam

    Foto: Harian Metro

    Menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-41, pengarah dan penerbit, berkongsi serba sedikit tentang pahit manis dalam kehidupan rumah tangga.

    Nasihat seorang suami

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof bin Md. Haslam berkata, tidak ada kesempurnaan di dalam mana-mana rumah tangga.

    Namun setiap pasangan perlulah bersikap jujur antara satu sama lain demi menjaga kepercayaan masing-masing.

    Untuk pertahankan rumah tangga sudah semestinya kena bertolak ansur dan saling memaafkan, jangan kita fikir negatif sahaja.

    Untuk mencari kesempurnaan memang tak ada, kita manusia ada kekurangan.

    Selagi ada kejujuran, tidak ada kecurangan insya-Allah rumah tangga akan kekal.

    Menurut pengarah berusia 70 tahun itu, perasaan cemburu terhadap pasangan adalah normal namun tidak boleh keterlaluan.

    Bagaimana damai sekali pun rumah tangga kita kena lalui dengan tenang. Kalau ada perasaan cemburu daripada isteri jangan kita menganggap itu satu bebanan. Kecuali cemburu yang melampau.

    Datin cemburu kepada batas-batas yang sepatutnya. Cemburu itu mengingatkan saya bahawa kita mencari rezeki.

    Bercakap tentang cabaran di dalam dunia seni, Yusof berkata para selebriti tidak sepatutnya menduakan pasangan mereka dengan menggunakan populariti sebagai platform untuk mereka berlaku curang.

    Tak boleh kita gunakan platform sebagai seorang artis atau pengarah popular untuk mengambil kesempatan.

    Bila ada godaan terserah kepada diri kita untuk menahan apa yang mendatang. Itu cabaran sebagai seorang lelaki.

    Banyak lelaki tewas kerana godaan. Tapi kalau kita ada keimanan dan kekuatan doa daripada isteri, kita ingat kepada keluarga..insyaallah-Allah hidup kita akan tenang. Rumah tangga kita akan kekal.

    Saya pun bukan seorang yang sempurna. Kalau saya hanyut dalam skandal dan sebagainya..saya rasa Skop Production dan rumah tangga saya takkan bertahan.

    Saya saling mengamalkan kalau kita bertekak dan suami memujuk isteri bukanlah bererti kita kalah. Kita beralah untuk mencari ketenangan dan kedamaian dalam rumah tangga.

    Sementara itu, isteri kepada penerbit terkenal tersebut iaitu Datin Patimah Ismail menyifatkan suaminya sebagai seorang ketua keluarga yang terbaik sepanjang mereka melayari bahtera perkahwinan.

    Boleh saya katakan Datuk adalah nakhoda yang terbaik. Dia membawa kami ke jalan yang benar.

    Kalau diulang balik hidup saya, saya tak nak tukar lagi. Saya ingin jalani apa yang telah saya lalui.

    Sekadar info, Yusof dan Patimah mendirikan rumah tangga mereka pada tahun 1982 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat anak serta lima cucu.

    ALSO READ:  Wawa Zainal Bimbang Anak Perempuan Alami Kesakitan Teruk, Tangguh Niat Jalani Pembedahan Tonsil – ‘Tunggu Besar Sikit’

    Untuk rekod, Yusof pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dengan penyanyi, Allahyarhamah Raja Noor Saadah Salehuddin pada tahun 1978 sebelum bercerai pada tahun 1980.

    @melodiberapi

    Ramai yang jadikan Datin Patimah Mentua pilihan.. nah dengarkan jawapan beliau.. apa pun kami di Melodi ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 41 tahun buat Datuk Yusof Haslam & isteri Datin Patimah! #meloditv3 #fyp??viral?tiktok #ceritaartismalaysia #fyp? #syamsul #puterisarah #yusofhaslam #datinpatimah #fyp

    ? original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts