Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih tinggi.
Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, kemudia mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees.
“Banyak Cabaran, Akhirnya Siapkan Sendiri”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Zahirah Macwilson yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 21 ribu, tanda suka sebanyak 1,171 dan sebanyak 15 komen.
Di dalam video tersebut, memaparkan Zahirah Macwilson berkongsikan detik-detik untuk menyiapkan rumah mewahnya itu dari tahun lepas selepas menangani pelbagai cabaran yang dihadapinya.
“Pada mulanya banyak masalah berlaku dan banyak duit yang perlu digunakan, pada akhirnya kitaorang buat sendiri”-Kata Zahirah Macwilson.
@zahirahmacwilson When designing, take your time. Don’t rush. There are alot of technical factors to consider so it’s important to think of all concerns and possible outcomes before confirming what you want to do.
♬ original sound – Zahirah Macwilson – Zahirah Macwilson
Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapinya, namun Zahirah Macwilson dan suami masih berjuang untuk menyiapkan sepenuhnya rumah idaman mereka itu. Rumah tersebut dibina kerana mereka ingin anak-anak mempunyai kenanagan yang terindah ketika mendiami rumah tersebut yang akan mengingatkan mereka ketika dewasa kelak.
Walau bagaimanapun, harga rumah tersebut termasuk kos menyiapkan segalanya masih menjadi rahsia, namun netizen membuat spekulasi bahawa pasti ianya melebihi RM3 juta.
Apa-apa pun, semoga urusan Zahirah Macwilson dipermudahkan, serta semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?