Pelakon Zahiril Adzim mendedahkan dia mempunyai masalah ketakutan melampau ketika berada di tempat yang tinggi.
Boleh pengsan
@andaitiadadia_astro @Zahiril Adzim aka Falah ada “acrophobia”.. Apa benda tu Dalam #AndaiTiadaDia ada ke scene macam tu Pelakon Utama: Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana & Zahiril Adzim #AndaiTiadaDia ISNIN – KHAMIS, 10 malam di Astro Ria #fyp #umminazeera #hisyamhamid #zahiriladzim #mimilana #dramamelayu #astroria #astro #BambamStudios
? original sound – ????? ????? ??? – ????? ????? ???
Menurut Zahiril atau nama lengkapnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, masalah yang dialaminya sangat serius sehingga boleh menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Mungkin ramai tak tahu atau mungkin ada yang tahu, saya ada ‘acrophobia’ iaitu ketakutan ketika berada di tempat tinggi.
Saya bukan lagi level gayat, saya kalau berada di tempat tinggi saya akan mengalami anxiety dan saya akan mula rasa berpinar, visual saya menjadi gelap dan saya boleh pengsan.
Orang tak tahu, orang ingat saya suka lompat sana, lompat sini.
Risau anak & isteri
Bukan itu sahaja, pelakon filem Juvana ini juga meluahkan rasa gusar ketika memandu di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berikutan masalah tersebut.
Ketika menggunakan lebuhraya DUKE dan SUKE, saya akan menggigil bawa kereta. Nafas saya akan jadi sangat laju.
Kalau saya seorang diri tak mengapa, saya tidaklah terlalu risau tetapi saya akan risau kalau bawa isteri dan anak. Saya takut pengsan ketika memandu.