Pelakon Zahnita Wilson akhirnya tampil membuka mulut dan menceritakan mengenai kisah rumah tangganya kepada pihak media.
Sudah lama sembunyi
Menerusi temu bual bersama Melodi, Zahnita berkata, sudah lama dia menyembunyikan isu keganasan rumah tangga yang dialami olehnya.
Ia agak lama saya sembunyikan perkara ini tetapi sekarang saya sudah tiada lagi pilihan. Saya harus teruskan perceraian ini dan bangkit untuk diri sendiri dan anak-anak. Saya tak mahu anak saya lalui apa yang saya lalui. Jadi saya ambil keputusan untuk keluar dari rumah dan terus fail perceraian. Dia sedang ditahan selama tiga hari, dan saya ada sedikit kegusaran apa yang akan berlaku selepas ini. Saya serahkan kepada Allah.
Menurut Zahnita, anak-anak merupakan penyebab dia masih mempertahankan rumah tangga dengan suami. Tambah Zahnita, dia tidak pernah berhenti berharap agar suaminya akan berubah sikap.
Apa yang membuatkan saya kekal dengan suami ialah anak-anak. Lagipun masa itu saya masih muda. Saya harap dia akan berubah tetapi tidak. Keadaan semakin teruk. Selepas 13 tahun, saya sedar mengenai situasi sebenar dan dengan siapa saya sedang berurusan. Saya tahu ia sangat sukar untuk dilepaskan. Saya terpaksa buat untuk pastikan saya selamat. Saya perlukan pertolongan dan tak boleh diam.
Berbicara lebih lanjut, Zahnita mengakui dia memerlukan pertolongan dan tidak boleh mendiamkan diri.
Saya mula buat bisnes kumpul duit, saya minta Allah bagi jalan untuk keluar rumah dan saya berjaya keluar. Mental dan emosi saya dibuli. Dia tak pernah pegang tangan saya apatah lagi senyum. Kata-kata kesat pernah dia cakap dekat saya.
Saya pernah kena slip disc sebab angkat barang berat sampai saya kata lepaskan saya. Saya bagitahu dia, saya tak akan pergi ke balai polis. Saya minta dia lepaskan saya sahaja. Saya rasa seperti hamba. Tak faham kenapa dia buat saya macam ni. Saya nak fokus ke hadapan. Tak percaya ini kehidupan yang saya perlu lalui. Apapun saya harus terima ini takdir saya.
Di akhir temu bual, Zahnita memberitahu, dia tidak akan berputus asa kerana yakin akan ada jalan keluar untuk masalah ini.
Video
View this post on Instagram