Pelakon, Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan yang padu daripada orang ramai selepas tularnya pendedahan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Terima tempahan 3000 pai
View this post on Instagram
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram (IG), Zahnita mendedahkan dirinya telah menerima sebanyak 3000 tempahan pai daripada orang ramai.
Zahnita turut berkongsi video dirinya menyediakan tempahan pai tersebut.
3000 biji pai dalam pembikinan.
Saya dah ada mesin pengadun seberat sembilan kilogram hasil daripada tempahan daripada anda.
Terima kasih banyak-banyak atas sokongan.
Komen netizen
Hantaran tersebut telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memberikan kata-kata sokongan buat Zahnita untuk terus kuat berdepan dengan ujian hidup.
Terdahulu, Zahniia mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.
Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.