Perkongsian terkini, model dan pelakon Zahnita Wilson mencuri perhatian netizen di media sosial, baru-baru ini selepas namanya menjadi bualan sebelum ini setelah mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Terkini, Zahnita menerusi hantaran di Instagra, dilihat sedang berkongsi momen dirinya yang kelihatan anggun ketika beraksi di hadapan kamera.
“By special request. Ngada la!! 🥰❤️.”-kapsyen Zahnita di Instagram
View this post on Instagram
“Korang Tengok Dia Comeback..”
Tidak mendedahkan butiran mengenai penggambarannya itu, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat Zahnita kembali beraksi di hadapan kamera, malah ramai yang menitipkan kata-kata semangat buat ibu kepada empat cahaya mata ini.
“Muka Zahnita ni asalnya innocent look and manja. Tapi kekuatan dalaman dia tak main-main ye 💪🏻💪🏻.”
“Omgeeee she’s backkkk 🔥🔥🔥. Acik love sangat vibe beli baju raya kat Jakel penuh gambar Zahnita. Sedar-sedar banyak betul kain ela kita dah beli 😂😂.”
“Queen of modelling is back 🔥🔥🔥 sis u sangat cantik 🥰.”
“Ya Allah betul la wanita ni bila hati senang dan tenang memang akan stunning teruk! 😍 you look so breathtaking madam, come back stronger 🔥🔥.”
“Engkorang tengok dia comeback. Dia gain weight. Solid. Korang sabarr. Aaaa. Mesti cantik gilaaaaa !! 😍😍😍😍😇😇😇😇. Dulu siap kerat gambar dia dalam mag UrTv, Eh!.”
Sekadar info, Zahnita sebelum ini pernah memfailkan cerai terhadap suaminya pada 2013.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya perempuan dan seorang lelaki.
Apa komen anda?