Pelakon, Zahnita Wilson menitiskan air mata selepas mendapatkan rawatan pemutihan gigi di sebuah klinik pergigian.
Zahnita dapat gigi baharu
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram (IG), akaun rasmi klinik gigi tersebut memaklumkan mereka berpeluang untuk memberikan semula senyuman kepada Zahnita melalui beberapa rawatan yang telah dilakukan.
Berdasarkan perkongsian, Zahnita telah berjaya merawat dan mendapatkan semula permukaan giginya yang cantik selepas menjalani rawatan rawatan sebanyak dua kali.
Dapat dilihat, pelakon filem ‘Kuliah Cinta’ itu kemudiannya tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata selepas melihat perubahan yang berlaku pada dirinya itu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka melihat perubahan pada permukaan gigi Zahnita dan mendoakan agar pelakon berusia 39 tahun itu mendapat kebahagiaannya di masa akan datang.
Terdahulu, Zahnita mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.
Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.