Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Zain Saidin Bawa Aaisyah Dhia Rana & Bestfriend Main Golf Cetus...

    [VIDEO] Zain Saidin Bawa Aaisyah Dhia Rana & Bestfriend Main Golf Cetus Perhatian Ramai-“Best Daddy Ever!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Mohamad Zain Mohd Saidin atau lebih dikenali sebagai Zain Saidin yang merupakan seorang pelakon dan model di Malaysia. Beliau merupakan adik bongsu kepada Sasha Elite dan berdarah campuran Melayu–Inggeris.

    Zain Saidin telah berlakon beberapa buah drama antaranya Kiah Pekasam, Awan Dania 3 dan yang terbaru ialah Gemersik Kalbu. Beliau juga berlakon dalam siri Oh My English! di saluran Astro TVIQ, di mana beliau memainkan watak sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dari United Kingdom.

    Zain Saidin telah berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan pada 13 Disember 2013. Pasangan itu mempunyai anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini telatahnya meraih perhatian ramai di laman media sosial.

    “Cuti-Cuti Pun Daddy Kena Overtime”

    Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Zain Saidin yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 183 ribu, tanda suka sebanyak 5,860 dan sebanyak 58 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Zain Saidin yang memberitahu bahawa dia perlu membawa Aaisyah dan Rakannya untuk bermain golf atas memenuhi permintaan Aaisyah itu.

    “Cuti2 ni kita bapak2 kene kerja overtime ya, janji ade senyum kat ahli2 syurga kita ni kan”-tulis Zain Saidin

    @zainsaidin23

    Cuti2 ni kita bapak2 kene kerja overtime ya.. Janji ade senyum kat ahli2 syurga kita ni kan 🥰 #fypシ #fyp #zainsaidin #daddy #aaisyahdhiarana #daddysgirl #dating #smile #love #wearefamily #win

    ♬ 一人饮酒醉 – 苏泽

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Zain Saidin merupakan seorang ayah yang bagus kerana dapat meluangkan masa dan memenuhi permintaan anaknya itu. Tambah mereka lagi, semasa kecil inilah masa yang sesuai untuk meluangkan masa kerana nanti apabila mereka meningkat dewasa pasti tidak akan dapat merasainya lagi.

    ALSO READ:  Tanggapan Pertama Memegang Oppo Reno 12 5G di Malaysia. Nipis, Ringan & Rekaan Yang Menarik

    Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang taat kepada ibu bapanya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts