Penyanyi Zamani mendedahkan kejadian yang menjadi punca dirinya hampir menarik diri daripada sebuah program realiti nyanyian popular.
Kejadian mistik?
@dolspodcast Zamani hilang suara kena santau masa pertandingan…. Layan Episod 16 sekarang di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. Jom dapatkan BLANK CAR PERFUME sekarang melalui pelbagai platform ONLINE & RESELLER yang berdekatan. Jangan lupa FOLLOW: IG / FB : @blank.malaysia TikTok : @BLANK MALAYSIA HQ !! BLANK CAR PERFUME, Bauan kereta fresh yang mampu memikat !! “ MOMENT OF FRESHNESS” @Shuib Sepahtu @Fizie Roslan @shuksahar @Mamatsepah_Nana #DolsPodcast
? School is scary, horror, BGM(1195641) – syummacha
Menerusi temu bual Dol’s Podcast, Zamani atau nama lengkapnya Zamani Ibrahim berkata, dia tiba-tiba tidak dapat bernyanyi seperti biasa selepas sesi raptai rancangan tersebut.
Benda itu jadi tiba-tiba. Petang tu soundcheck semua okay kemudian saya makan tembikai. Husnuzon (bersangka baik) anggap sebab tembikai.
Ketika lagu mula masuk dan saya nak nyanyi saya rasa tak boleh.
Vokalis kumpulan Slam itu kemudian mengambil keputusan untuk menarik diri daripada program popular berkenaan.
Bagaimanapun, selepas dinasihati oleh juri program tersebut iaitu Datuk Ramli MS, Zamani tetap meneruskan persembahannya.
Bila suara tak keluar saya dah nak tarik diri, nak keluar terus (dari program) sebab tak boleh nyanyi.
Tapi Datuk Ramli cakap,’tak apa, kau nyanyi je..biar orang tengok kau betul-betul sakit.’