Pemain bola sepak Zaquan Adha membuat laporan polis susulan kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan pelakon Rita Rudaini terhadapnya di Instagram.
Serah kepada pihak polis
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Zaquan atau nama sebenarnya Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, dilihat sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.
Menurut Zaquan, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan lanjut terhadap Rita.
Assalamualaikum, saya baru sahaja membuat laporan polis berkenaan dengan IG story yang dikeluarkan oleh Rita yang berunsurkan fitnah melibatkan saya dan keluarga. Jadi saya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, Rita dilihat mengeluarkan kenyataan balas bagi pihak dirinya selepas Zaquan memberitahu dia enggan memberi sebarang komen berikutan kontroversi pasangan kembarnya, Aidil Zafuan.
Ujar Rita, dia menyangkal dakwaan Zaquan berhubung tidak masuk campur hal rumah tangganya suatu masa dahulu. Ujar Rita, suami kepada Ayu Raudhah itu antara individu yang didakwa masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil semua baju Aidil.
Bukan itu sahaja, Zaquan didakwa menghantar mesej kepada Aidil dan berkata, anak dalam kandungan Rita pada masa itu bukanlah anak mereka.
Video
View this post on Instagram