Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Zara Zya Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus, Raih Perhatian-“Semua Benda Saya...

    [VIDEO] Zara Zya Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus, Raih Perhatian-“Semua Benda Saya Nampak!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagao Zara Zya merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan pengacara yang terkenal di Malaysia. Wajahnya sering menghiasi di kaca televisyen menerusi drama-drama lakonannya yang menyentuh hati dan menjiwai watak.

    Zara Zya lebih dikenali ramai selepas beberapa dramanya yang menjadi tontonan ramai sehingga menjadi bualan di Malaysia seperti Love You Mr Arrogant yang digandingkan bersama Azlee Khairi.

    Memulakan kerjayanya pada tahun 2002 kini Zara Zya telah memperolehi pelbagai anugerah yang dimenanginya seperti artis baru meleTOP, artis baru wanita popular, pelakon wanita terbaik, pelakon wanita terbaik drama rantaian dan lain-lain.

    “Sesiapa Yang Tak Kuat Dalaman, Janganlah Pergi Bali, Indonesia”-Zara Zya

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial youtube milik Alha Alfa yang peroleh perhatian ramai. Video tersebut meraih jumlah tontonan sebanyak 98 ribu dan komen sebanyak 730.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Zara Zya yang berkongsikan pengalamannya diganggu makhluk halus sehingga membuatkannya boleh nampak segala jenis rupa makhluk tersebut. Di ceritakan, bermula ketika beliau menjalani pengambaran di Bali, Indonesia sehinggalah balik ke Malaysia kemudian bermimpi memakan ular berwarna kuning dan berperangai seperti haiwan tersebut sehingga terpaksa dibawa berubat.

    Tambah Zara Zya lagi, beliau memberitahu beberapa tempat yang paling banyak makhluk tersebut seperti Pasar harian, tandas awam dan kelab malam serta waktu yang dilarang keluar seperti tengah hari sehingga zohor, maghrib dan waktu 12 tengah malam kerana ketika itulah makhluk ini banyak berkeliaran.

    YouTube videoYouTube video

    Apa-apa pun, semoga kita semua dilindungi daripada diganggu oleh makhluk-makhluk yang jahat ini. Semoga kita semua juga diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    ALSO READ:  Setelah Diceraikan Syamsul Yusof, Ira Kazar Tak Malu Ligat Cari Duit Di TikTok

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,243FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts