Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Zarina Anjoulie Tak Menolak Untuk Buang Implan Hidung – ‘Tidaklah Buruk...

    [VIDEO] Zarina Anjoulie Tak Menolak Untuk Buang Implan Hidung – ‘Tidaklah Buruk Tapi Saya Rasa Ia Bukan Diri Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Meskipun sudah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung, namun pelakon Zarina Anjoulie tidak menolak kemungkinan akan membuang implan tersebut.

    Pembedahan hidung

    Ketika ditemui , Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul menjelaskan bahawa dia bekerjasama dengan sebuah klinik rawatan kecantikan di Vietnam untuk melakukan pembedahan hidung baru-baru ini.

    Bagaimanapun, Zarina tidak menolak untuk mengubah kembali hidungnya dengan membuang implan tersebut.

    Ya, saya baru buat hidung, tak ada yang perlu diselindungkan lagi kerana semua pengikut di media sosial saya sudah mengetahuinya.

    Saya bukanlah tidak berpuas hati dengan hidung saya. Saya suka saja hidung yang dulu tetapi kerana saya dibayar jadi saya lakukan sahaja pembedahan ini. Tapi selepas membuat pembedahan saya rasa ini bukan diri saya (hidung baru).

    Saya rasa mungkin dalam hujung tahun saya buang kot implan ini. Saya saja nak tengok bila saya buat hidung ni.

    Bercerita tentang kolaborasi tersebut, Zarina yang mesra disapa Anju memaklumkan dia terlebih dahulu menghubungi pihak klinik berkenaan. Apabila mereka mengetahui dirinya adalah seorang selebriti, mereka tertarik untuk menjalinkan kerjasama.

    Kerjasama ini semuanya bermula apabila saya approach mereka saja tanya tentang prosedur ini. Mereka lihat media sosial saya dan tahu yang saya ini seorang selebriti.

    Lagi pun saya dapat buat secara percuma dan mereka bayar saya lagi. Kalau tak bayar, tidaklah saya nak tadah hidung pada mereka.

    Selepas membuat pembedahan itu, saya rasa macam okaylah. Tidaklah buruk tetapi saya rasa ia bukan diri saya.

    Zarina berkata demikian ketika ditemui di pelancaran produk Noir X RO yang berlangsung di Ampang Glasshouse, Ampang pada malam Sabtu.

    ALSO READ:  Nak Pilih Penapis Udara Yang Bagus Untuk Rumah Tapi Tak Tahu Cara? Ini Tips Untuk Korang!

    Komen netizen

    Zarina AnjoulieZarina Anjoulie

    Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini berkata, dia pernah dilemparkan dengan komen-komen negatif daripada warganet tentang rupa parasnya sejak dari dahulu lagi.

    Dulu netizen juga komen kata hidung saya bulatlah, mungkin sebab badan saya berisi waktu itu. Tetapi lepas saya buat pembedahan semua tak mengaku pernah komen kata hidung saya tak cantik.

    Tapi saya tak kisahlah sebab saya tahu orang akan terus bercakap. Bila artis yang tak mengaku buat pembedahan plastik mereka (netizen) kecam, tetapi bila saya mengaku pun kena kecam. Jadi apa sahaja kita buat mesti kena kecam.

    Terdahulu, nama Zarina kembali menjadi bualan ramai apabila mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan hidung.

    Menurut Zarina, dengan pengalaman yang ada, dia boleh dijadikan rujukan oleh pengikutnya sekiranya mahu melakukan pembedahan yang sama.

     

    @official

    Meskipun sudah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung, namun pelakon Zarina Anjoulie tidak menolak kemungkinan akan membuang implan tersebut. # #fyp #news #anju #zarinaanjoulie #buang #impian #hidung

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts