Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin berkongsi detik cemas apabila anak lelakinya, Azil rebah akibat diserang sawan pada tengah hari, semalam.
Kongsi Zarina menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa Azil merupakan seorang yang jarang mendapat serangan sawan, serta menitipkan rasa syukur apabila ramai yang menjaga anak-anak termasuklah suami dan pembantu rumah ketika ketiadaannya di rumah.
“Azil rebah diserang sawan lagi. Lepas 10 minit dia sedar, saya bawak dia masuk ke rumah dia terbaring lebih kurang 10 minit kemudian terus mandi dan duduk di bangku.
Petang ini, dia nampak macam biasa dengan aktiviti tutup segala tingkap langsir dan pasang lampu, tanda dah malam.
Azil jarang kena sawan ni dalam 3 bulan sekali. Selagi saya boleh jaga, saya jaga sebaik mungkin segalanya berlaku dengan kuasa Allah. Nasib baik bila saya tak ada, pergi meniaga, ayahnya ada, adik-adiknya ada. Maid saya pun ada.”-kongsi Zarina di Instagram
“Sihatkan Kembali Anak Syurga Ini…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Azal diberikan kesembuhan, malah ada yang turut berkongsi petua dan tip buat pelakon yang dikurniakan anak-anak autisme ini.
Sama-sama kita doakan agar Azil diberikan kesembuhan dengan cepat..