Anak kepada pelakon terkenal, Zarina Zainuddin, iaitu Azal Azrai dilihat gagal mengawal emosi selepas mendakwa akaun Instagramnya telah disekat oleh seorang wanita.
Azal ‘tantrum’ kena IG kena block
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Azal yang juga penghidap autisme dilihat mengadu kepada ibunya tentang perkara tersebut. Dia yang merasa kecewa selepas akaun media sosialnya itu disekat individu berkenaan kemudian berkelakuan ‘tantrum’ sebelum bertindak keluar dari rumah.
Dalam masa yang sama, Zarina dilihat sempat memujuk anak bujangnya itu.
Dia block IG saya, dia tak kenal saya.
Saya nak kutuk
Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menzahirkan rasa simpati terhadap Azal. Bukan itu sahaja, netizen mendakwa terdengar Azal menyebut nama Sharifah Sakinah sebagai individu yang telah menyekat akaun Instagramnya. Namun tidak dapat disahkan mengenai perkara tersebut.
Nak kutuk Astrid, kena block kasihannya
Saya dengar Sharifah Sakinah, betul ke?
Makin semangat Azal, semoga sihat-sihat ya Azal. Yang pasti Azal kelakar, dengar polis baru tahu takut ya
Azal, bunga bukan sekuntum
Semoga Zarina diberi kekuatan dan kesabaran
Sementara itu, ruangan komen video tersebut dibanjiri sokongan dan kata-kata semangat buat Azal. Mereka turut memuji ketabahan Zarina dalam membesarkan anak-anak istimewanya. Netizen turut berharap situasi itu dapat diselesaikan dengan baik tanpa menjejaskan emosi Azal.
Video
@azalazilvlogAzal kecewa perempuan block ig .? original sound – azalazilvlog