Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Zarina Zainuddin Sebak Fikir Tentang Azal & Azil – ‘Ya Allah...

    [VIDEO] Zarina Zainuddin Sebak Fikir Tentang Azal & Azil – ‘Ya Allah Kalau Nak Cabut Nyawa Aku, Cabutlah Sekali Nyawa Anak Aku’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    zarina anakzarina anak

    Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin tidak mampu menahan air mata apabila mengenangkan tentang masa depan anak-anak istimewanya iaitu Azal dan Azil.

    Tanggungjawab sebagai ibu

    azal azil 1azal azil 1

    Menerusi podcast Bukak Mulut, Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin  berkata, sebagai ibu hanya dia sahaja yang mampu menjaga mereka. Ia berikutan keadaan Azal dan Azil tidak sama seperti anak-anak yang lain.

    Kalau saya pergi biarlah saya pergi dengan anak saya. Azal saya rasa dia boleh tapi Azil tak boleh. Bagi dekat orang lain, orang lain tak sanggup.

    Tak boleh letakkan tanggungjawab kita kepada orang lain. Tak semua orang boleh terima, ia adalah satu beban yang besar untuk mereka tanggung.

    Paling menyentuh perasaan adalah apabila Zarina menyatakan bahawa dia tidak mahu menyusahkan orang lain dan akan tetap menjaga anak-anak kembarnya itu sehingga ke hujung nyawa.

    Bila saya solat, saya selalu doa, Ya Allah kalau nak cabut nyawa aku, cabut sekali nyawa anak aku. Biar kita pergi sama-sama, biar orang lain bahagia.

    Saya tetap akan jaga anak saya sampai mati sebab ini amanah yang Allah bagi. Saya tak boleh biarkan.

    Untuk info, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang kini berusia 27 tahun.

    Azil menghidap hyper autisme manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka berusia tiga tahun.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  “Borak Boleh Tapi Jangan Sampai Menipu….”-Jep Sepahtu
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts