Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Zhiddin Aziz Terkejut Didatangi Individu Mahu Lakukan Hubungan Sejenis Di Tanah...

    [VIDEO] Zhiddin Aziz Terkejut Didatangi Individu Mahu Lakukan Hubungan Sejenis Di Tanah Suci – ‘Perangai Orang Begini Tetap Ada’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial iaitu Zhiddin Aziz berkongsi momen mengejutkan sewaktu dirinya sedang berada di Tanah Suci.

    Diajak melakukan hubungan sejenis

    @zhiddinazizz? original sound – zhiddinaziz

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, anak kepada pengacara televisyen, Allahyarham Aziz Desa didatangi oleh seorang lelaki sewaktu sedang duduk di lobi sebuah hotel di Makkah.

    Lelaki tersebut yang pada mulanya bertanyakan adakah Zhiddin berseorang sepanjang berada di Tanah Suci kemudiannya meminta pempengaruh itu untuk membawanya ke bilik hotel supaya dapat meluangkan masa bersama.

    Adakah anda tinggal bersendirian di bilik hotel? Ibu awak dah ada di bilik (hotel) atau belum?

    Cantik kalau begitu, mari ke bilik awak? Saya mahu luangkan masa bersama.

    Terkejut dengan permintaan lelaki itu, Zhiddin kemudiannya menolak pelawak tersebut dan mendoakan agar individu terbabit sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

    Terus terang, awak ini gay ke? Simpan sahaja niat awak itu.

    Saya tak mahu menjadi salah seorang daripada anda. Tolong tinggalkan saya, saya tak mahu ada dalam perbualan ini lagi.

    Lelaki tersebut kemudiannya memohon maaf kerana telah membuat Zhiddin berasa tidak selesa sebelum berlalu pergi meninggalkan pempengaruh itu.

    ‘Dosa tetap ada di mana juga kita berada’

    Sementara itu, Zhiddin melalui ruangan kapsyen mengingatkan kepada wargamaya bahawa perbuatan dosa tetap ada walau di mana pun kita berada.

    Ini saya berada di lobi hotel Makkah dan lima minit saja dari Kaabah.

    Tetapi, perangai orang begini tetap ada.

    Video ini untuk mengingatkan bahawa walau di mana pun kita berada, dosa itu tetap ada.

    Perkongsian Zhiddin itu telah meraih perhatian wargamaya yang kecewa dengan tindakan lelaki tersebut yang tergamak mahu melakukan dosa besar ketika berada di Tanah Suci.

    ALSO READ:  Penjelasan Doktor Mengenai Kehamilan Isteri Isa Isarb Selepas Tujuh Hari Nikah, Direkodkan dalam Video

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts