Pelakon dan pelawak, Zizan Razak baru-baru ini menghadiahkan bapanya sebuah motosikal berjenama Honda.
Hargai bapa
@zizanrazak869 Abah cakap dia nak moto nak bawak gi surau. Tp Zizan buat buat tak dengar sebab nak suprise dia. Haaa layan video ni tengok Abah Zizan teruja..
? original sound – zizanrazak869 – zizanrazak869
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zizan bersama abangnya Hafiza Razak membuat kejutan dengan membawa bapa mereka ke sebuah kedai motosikal.
Menurut aktor berusia 40 tahun itu, bapanya iaitu Razak Hussain sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah motosikal.
Saya dekat Terengganu hari ini nak beli motor sebab abah kata nak motor, nak pergi surau. Tapi saya buat-buat tak dengar sebab nak buat kejutan untuk dia.
Pelakon filem Polis Evo itu berkata hadiah tersebut adalah sebagai balasan kepada pengorbanan bapanya yang sering menggembirakan mereka sewaktu kecil dahulu.
Saya rasa seronok sebab dulu masa kecil dia layan saya dan abang, jadi hari ini saya layankan dia pula.
Bahagiakan ibu bapa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Zizan yang menghargai jasa bapanya.
Dalam masa yang sama, Zizan juga disifatkan sebagai seorang anak yang baik kerana mendahulukan keperluan keluarganya.
Ada sebab tuhan tak bagi Zizan jodoh lagi, sebab nak Dia berbakti puas-puas pada mak dan ayah dulu.
Anak yang sentiasa dimurahkan rezeki selalu sebab mendahului kehendak orang tua.
Rezeki untuk bahagiakan mak ayah. Alhamdulillah, jodoh tu insya-Allah ada tu nanti.