Selebriti versatil, Zizan Razak mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman seram yang pernah dialaminya sewaktu sesi penggambaran filem ‘Hantu Bonceng’ pada tahun 2018 lalu.
Pengalaman seram
@hafizarazak869 Lagi citer seram… ketika shooting Hantu Bonceng… bersama @zizanrazak869 dan @hilmyashley ? original sound – Hafizarazak869
Menerusi potongan video dimuat naik abang Zizan iaitu Hafiza Razak, Zizan memaklumkan berlakunya kejadian pelik apabila ‘footage’ rakaman adegan filem yang dilakonkannya bersama heroin filem tersebut iaitu Juliana Evans tidak kelihatan pada skrin kamera.
Waktu itu tengah ‘shooting’ Hantu Bonceng. Hari pertama, kedua okay lagi tapi masuk saja hari kesepuluh ada jadi benda pelik.
Macam biasa, ‘camera roll’ buat adegan semua sampailah pengarah kata, ‘Cut’. Lepas itu nak ‘playback’ adegan itu, tekan-tekan kamera tapi tak ada video.
Lepas itu, ‘shoot’ balik lagi sekali dan bila nak ‘playback’ pun sama video tak ada juga.
Zizan berkongsi perkara tersebut sewaktu sesi siaran langsung bersama abangnya dan seorang lagi pelawak iaitu Hilmy Ashley di TikTok.
Siap pangil ustaz datang
Risau dengan kejadian yang berlaku, Zizan memaklumkan pasukan produksi mengambil keputusan memanggil seorang ustaz membantu menyelesaikan masalah yang berlaku.
Siap panggil ustaz sebab risaulah kan? Masa dah suntuk dah ini. ‘Shooting’ lagi sekali pun masih tak ada (footage).
Ustaz pun ‘check’ dan dia (ustaz) bisik pada abang ‘cameraman’, dia cakap, ‘Tempat ini okay tapi awak tak pasang bateri’.
Nasib baik ustaz pernah kerja dengan stesen televisyen, jadi dia tahulah sikit fasal kamera.
Perkongsian Zizan itu berjaya membuatkan abangnya dan Hilmy terhibur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur mendengar penceritaan Zizan dan memaklumkan mereka sudah mengagak bahawa pelawak tersebut akan memberikan ‘plot twist’ di hujung cerita.