Siapa yang tidak kenal dengan Mohd Hairey Azhar Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Zoey Rahman yang merupakan pelakon, pengacara dan model Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburan pada 2005 sebagai model dan seterusnya menjadi pengacara pada 2006 menerusi Gerak Geri Gasing. Sebagai pelakon, Zoey telah membintangi beberapa drama TV termasuk Bong (2009), Friday I’m In Love (2012) dan Demi Dia (2013).
Zoey Rahman kini berkecimpung di dalam dunia perniagaan produk kosmetik serta penjagaan kulit yang terkenal iaitu MikaSeries. Perniagaan tersebut dibina olehnya pada tahun 2016 sehingga kini dan membuahkan hasil apabila produk tersebut mendapat permintaan ramai oleh kerana produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
“Cermin Diri Sampai Lupa Nak Cermin Benda Lain?”
Baruy-baru ini, tular satu video yang dimuat naik dilaman media sosial tiktok milik Zoey Rahman yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 196 ribu, tanda suka sebanyak 2760 dan sebanyak 257 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Zoey Rahman yang menerima anugerah Shopee Super Award 2023 baru-baru ini. Namun ketika Zoey Rahman tersenyum ketika bergambar dengan anugerah tersebut, terdapat cebisan makanan pada giginya yang merosakkan gambar kenangan itu.
“Perkara ini menjadi pengajaran buat diri aku, setelah 6 tahun memakai pendakap gigi, ini kali pertama aku dimalukan”-kata Zoey Rahman
“Sampai hati kau gigi tak bagi kerjasama, paling sedih tak ada siapa pun bagitahu”-tambah Zoey Rahman
@zoeyrahman Replying to @ZULKIFLI ISMAIL 🔺 @Zoeyrahman 🔺
Apa-apa pun, semoga perkara sedemikian tidak akan terulang lagi. Dengan anugerah yang diterimanya itu, ramai berharap agar Zoey Rahman akan terus memajukan perniagaannya dan mengeluarkan produk yang baru pada masa akan datang.
Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?