Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Zul Ariffin Tak ‘Contact’ Ruhainies, Enggan Buang Pahala Puasa Campur Isu...

    [VIDEO] Zul Ariffin Tak ‘Contact’ Ruhainies, Enggan Buang Pahala Puasa Campur Isu Khalwat – ‘Lebih Baik Saya Jaga Lidah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    zul ruhainieszul ruhainies

    Pelakon Zul Ariffin memilih untuk tidak mencampuri kontroversi yang sedang melanda rakan selebriti, Ruhainies bersama penyanyi dan aktor, Aliff Aziz.

    Takmau cakap bukan-bukan

    ruhainies zul ruhainies zul

    Ketika ditemui , Zul berkata dia tidak mahu tergolong dalam kalangan individu yang membuang pahala dalam bulan Ramadan.

    Menurut aktor berumur 37 tahun, dia langsung tidak ada menghubungi Ruhainies sebaliknya mengetahui isu panas itu menerusi laporan media.

    Biarlah Ruhainies menyelesaikan hal itu secara aman. Sebagai orang luar saya tidak layak berkata apa-apa.Saya cuma tahu apa yang dilaporkan media sahaja.

    Saya enggan letakkan diri dalam kelompok mereka yang rugi atau membuang pahala puasa sebab ramai sangat yang suka cakap bukan-bukan.

    Lebih baik saya asingkan diri, jangan campur tangan dan lihat dari jauh. Mungkin dia perlukan masa untuk selesaikan hal itu.

    Zul berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Astro, pada Rabu.

    Harap ada hikmah

    Dalam pada itu,  Zul yang pernah bergandingan dengan Ruhainies dalam drama WiFi Sebelah Rumah mendoakan agar urusan rakannya itu dipermudahkan Allah SWT.

    Benda tersebut bukannya perkara yang seronok, jadi saya cuma mampu doakan yang terbaik kepadanya.

    Kalau fasal kerja saya memang boleh bagi komen, tapi ini hal peribadi, jadi saya takut, lebih baik saya jaga lidah.

    @official Zul Ariffin memilih untuk tidak mencampuri kontroversi yang sedang melanda Ruhainies dan Aliff Aziz ? # #sembangentertainment #zulariffin #ruhainies #aliffaziz ? original sound – OHBULAN!

    Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota, pada 8 Mac lalu.

    Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

    ALSO READ:  Iqbal Zulkefli Mengaku Boros, Pernah Habiskan RM1 Juta Dalam Seminggu – ‘Bosan Hidup Mewah’

    Aliff dan Ruhanies dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

    Kemudian, pada Isnin, Bella telah menfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu.

    Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan dan alasan diberikan kerana sedang menjalani penggambaran drama siri Terjerat.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts