Pelakon Zul Ariffin tampil memberi penjelasan susulan isu dakwaan dirinya memukul teman wanita.
Artikel berkaitan: Zul Ariffin Kongsi Gambar Suntingan Bersama Arwah Ibu Di IG Story – ‘She Would’ve Enjoyed The Film’
Artikel berkaitan: Polis Gagal Hubungi Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita
Tak ada genetik pukul perempuan
Memetik laporan Mbuzz, Zul menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu tiada keturunan dalam keluarganya yang memukul perempuan.
Saya pun tak tahu nama saya panas sebab saya dekat set penggambaran dan saya cuti hari ini saya tak tahu apa cerita.
Saya rasa saya tak tahu nak cakap apa dah sah sah bukan diri sendiri. Saya memang tak ada genetik pukul perempuan ataupun angkat tangan pada perempuan.
Kata Zul, dia menganggap namanya dipetik gara-gara usia aktor tersebut yang seumur dengannya.
Sekarang banyak laki macam tu tak berapa nak laki sangat nak buat macam mana?
Saya rasa disebabkan umur tu yang dipetik tu nampak umur-umur macam saya tapi saya ambil peluang untuk bagi tahu umur saya 38 tau.
Dalam pada itu, dia akui hilang hormat terhadap seorang lelaki yang mengangkat tangan terhadap perempuan.
Saya sebagai seorang lelaki, saya memang agak kurang ataupun hormat kepada lelaki yang angkat tangan pada perempuan.
Terdahulu, seorang pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa memukul teman wanitanya dan nama beberapa aktor antaranya Zul Ariffin, Ammar Alfian, Syazwan Zulkifli turut dipetik melakukan keganasan tersebut namun mereka menafikannya.